Seperti yang kita semua tahu, pengambilan vaksin amat penting untuk ketahanan tubuh seseorang. Vaksin berupaya menentang pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah kanser serta banyak lagi penyakit dalaman lain yang berpunca dari kuman berjangkit seperti Human Papillomavirus (HPV) dalam kalangan wanita masa kini.
Merujuk kepada hal yang demikian, MSD atau Merck Sharp & Dohme MSD (Malaysia)yang merupakan peneraju bidang penjagaan kesihatan global yang berusaha menjaga kesejahteraan masyarakt sedunia kini tampil memperkenalkan GARDASIL 9 iaitu vaksin untuk HPV yang telah diperbaharui untuk menentang 5 lagi kelas virus HPV, berbeza dari sebelum ini yang hanya mampu membendung 4 kelas virus HPV.
GARDASIL 9 adalah istimewa untuk kegunaan perempuan dari umur 9 hingga wanita berusia 45 tahun di Malaysia sebagai dinding mencegah penyakit serviks, vulvar, dan kanser vagina yang disebabkan HPV kelas 6, 11, 16, 18, 31, 33, 45, 52 dan 58. HPV kelas 6 dan 11 yang biasanya menyebabkan jangkitan ketuat kelamin juga bisa menyerang lelaki yang berusia 9 hingga 26 tahun. Maka, adalah sewajarnya untuk semua orang sedar akan kepentingan mengambil suntikan vaksin sedari muda untuk langkah pencegahan efektif.
Jelas Perunding Onkologi Sakit Puan, Dr. Suresh Kumarasamy, GARDASIL 9 yang ligat diperkenalkan kepada masyarakat ini sememangnya berupaya membanteras jangkitan HPV, berpotensi mencegah sekurang-kurangnya 90 peratus kanser serviks yang disebabkan virus HPV.
Selain pengambilan vaksin, kaum wnaita juga digalakkan untuk menjalani ujian Pap Smear berkala untuk mengesan perubahan semasa yang tidak dapat dilihat dan dinilai oleh mata kasar secara fizikal. Ia telah diperkenalkan sejak tahun 1960 tetapi apa yang mendukacitakan adalah hanya 43 peratus populasi wanita di Malaysia yang pernah menjalani ujian ini.
Untuk pengetahuan umum, GARDASIL 9 adalah selamat dan lulus berdasarkan kajian klinikal yang dijalankan keatasnya malah, Program Vaksinasi HPV yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga kini giat dijalankan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia secara percuma.
Vaksin Tidak Membahayakan, Vaksin Untuk Kebaikan Semua.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.msd-malaysia.com