Fesyen 2016 terdapat puluhan trend terkini dan trend yang masih sama, trend yang masih belum menghilang menghiasi malah menjadi pilihan ramai wanita.
Jadi, Wanista ingin kongsikan beberapa fesyen paling popular malah menjadi pilihan pencinta fesyen dan ianya sering muncul di Instagram sekitar tahun 2016.
Jom semak!
#Gucci Fur Slippers
One of the most wanted sandal in 2016! Sana sini dilihat ramai mengenakan selipas jenis bulu ini. Perincian dengan bulu-bulu dramatik di bahagian luar nampaknya menjadi salah satu daya tarik selipar ini dan menyebabkan ianya trending worlwide.
#Choker
Kendall Jenner, Gigi Hadid malah ramai bintang Kpop juga memilih rantai leher bertali pendek ini sebagai aksesori tambahan penampilan. Pada pendapat penulis, choker ini hanya sesuai untuk anda yang berleher jinjang, jika anda mempunyai leher pendek, lebih baik jangan kenakan sebarang aksesori di leher.
#Bomber Jacket
Bomber jacket boleh dikatakan item fesyen wajib yang mesti ada dalam koleksi setiap wanita. Fungsinya yang sangat mudah kerana boleh disuai padan dengan semua jenis personal style. Ada sesiapa yang masih belum memiliki bomber jacket?
#Inspirasi Seluar Sukan
Seluar panjang potongan lebar dengan perincian garis pada tepi seluar ini boleh dikatakan fashion must have item untuk para para pencinta fesyen di Instagram. Sebenarnya seluar jenis ini tidak jauh beza dengan tracksuit sukan anda!
#Off-Shoulder
Kenapa orang sukakannya? Ianya memberikan penampilan yang seksi walaupun anda bergaya ringkas.
#Reworked Jeans
Tolak tepi skinny jeans kerana reworked jeans lebih diminati pencinta fesyen. Seluar jeans dengan model yang dibuat semula ini kerap kali dipakai Kendall Jenner.
#Ruffles Effect
Sebenarnya penulis tidak menggemari dengan fesyen ruffles effect, ianya nampak pening dan kusut. Tetapi itulah antara fesyen popular tahun lepas, demi penampilan yang dramatik, di lengan, bahu, bahkan perut ditonjolkan ruffles untuk memberi statement pada penampilan.
#Skirt Berlisu
One of my favorite! Jika dahulu skirt berlisu hanya dipakai ketika zaman 80an hingga 90an. Tapi kini skirt berlisu merupakan trend fesyen sempena musim bunga dan musim luruh 2016.
#Hoodie
Siapa kata fesyen hoodie sesuai untuk bersukan sahaja? Hoodie boleh sahaja disuai padan dengan jeans untuk kesan yang effortless malah skirt berlisu juga boleh bagi memberi dramatik pada penampilan.
#Kemeja T & Slip Dress
Satu lagi gaya 90-an kembali menjadi trend terhangat tahun ini. Ya, ia cool buat seketika tetapi sekarang ia sudah terlalu overrated. Sudah tidak nampak classy pada fesyen ini.