Jenama fesyen lagenda yang pernah menjadi sensasi suatu ketika dahulu kini baru sahaja melancarkan butik pertamanya di Malaysia.
Bertempat di pusat membeli-belah terkemuka Pavilion Kuala lumpur, butik ini berkeluasan 295 meter persegi. Ia menawarkan seleksi rekaan dari koleksi terkini merangkumi rangkaian untuk wanita dan lelaki termasuklah aksesori seperti beg, kasut, skraf dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, inspirasi hiasan dalaman butik pula adalah berdasarkan konsep minimalis bagi mencipta aura bersahaja yang santai, ditemani pula dengan sentuhan moden melalui biasan pancaran lampu kuning yang dipantulkan pada rak-rak kayu.
Istimewa, Koleksi Tommy Hilfiger musim Luruh/Sejuk 2016 menyunting ilham dari perjalanan merentasi Atlantik menuju ke kota New York pada era 20an. Rekaan tradisi dihembus dengan nafas baru menjanjikan jiwa estetik sofistikasi. Perincian ala tentera juga diterap untuk membangkitkan aura konfiden.
LOKASI: Aras 2, 2.01.09A, Pavilion Kuala Lumpur
Untuk keterangan lanjut, sila layari global.tommy.com