Ramai di antara kita sering terperangkap dalam hubungan yang dingin.
Seperti pasangan yang baru bercinta, mereka sering dihantui masalah yang kadang-kala sangat merumitkan malah mengelirukan. Wanita terutamanya selalu menjadi mangsa yang terperangkap dan takut dengan bayang-bayang sendiri.
Kerana terlalu sayang, ramai sanggup menyiksa jiwanya sendiri.
Justeru, sebelum anda semua tersesat jalan, ini Wanista kongsikan bersama dengan anda bagaimana anda boleh menjauhi lelaki yang sifatnya langsung tidak menepati ciri-ciri “Mr. Right”.
#1 Gunakan Anda Untuk Kepuasan Nafsu
Ingat, anda bukan objek seks. Jangan sesekali tertawan sehingga sanggup mengadai maruah kepada lelaki hanya semata-mata si dia berjanji sumpah dengan anda, membelikan hadiah menarik untuk anda atau memewahkan hidup anda.
Si dia tetap manusia dan bila-bila masa dia boleh berubah arah dan meninggalkan anda. Oleh itu, jangan cepat terpedaya. Jika ingin melakukan hubungan intim sekalipun, pastikan selepas kahwin kerana waktu itu lebih terjamin bahawa si dia sanggup menerima anda sehingga mati.
#2 Lelaki Yang Kewujudannya Seperti “Chipsmore”
Sekejap ada, sekejap tidak. Si dia gemar membuat anda runsing dan keliru terhadap perhubungan tersebut. Adakah ini cinta yang sebenar?
Sebaik si dia berhenti mencari anda dan hanya akan datang kepada anda ketika dia membutuhkan sesuatu pada anda. Lupakan sahajalah. Tidak untung jika anda tetap mahu mengejarnya.
#3 Mengejek & Merendahkan Anda
Baru menjadi teman lelaki sudah berani mengejek dan merendah-rendahkan diri anda. Jauhi lelaki yang suka merendahkan martabat anda sebagai wanita lebih-lebih lagi ketika berada di tempat yang ramai mendengar dan melihat seperti di tempat awam.
Anda perlu dihormati. YOU NEED A GUY THAT RESPECT YOU! Jika si dia hendak bergurau sekali pun, dia perlu tahu batasannya.
#4 Penipu
Kalau sekali dua boleh lagi dimaafkan, tetapi jika dah berkali-kali? Manalah hati kita yang mudah remuk ini boleh tahan kan? Tinggalkan sahaja si dia sebelum dia yang berlaku curang dan meninggalkan anda di kemudian hari. “YOU DESERVE A WAY BETTER PERSON”.
#5 Menghantar Anda Gambar Yang Tidak Senonoh
Ada… Ia benar-benar berlaku. Meskipun si dia kelihatan baik dan penyayang, jika dia berani menghantar gambar atau foto-foto lucah. Dia mungkin seorang lelaki yang ‘GILA’ dan tidak tahu malu.
#6 Berkata Buruk Tentang Bekas Teman Wanitanya
Tidak kisahlah seburuk mana pun perangai bekas teman wanitanya, tetapi sekurang-kurangnya jagalah aib orang. Jika aib bekas teman wanitanya pun dia sanggup jaja kepada anda dan orang lain, apa lagi aib anda yang baru sahaja menjadi teman wanitanya?
#7 Gemar Meraba
Tidak kisahlah sama ada si dia sedar atau pun tidak sedar yang dirinya sedang meraba, melakukan gangguan seksual terhadap diri anda. Jauhi si dia serta-merta! “IT’s NEVER OKAY”.
#8 Mengadili Bentuk Tubuh Anda
Lelaki tidak berhak mempersoal tentang bentuk tubuh wanita. Sama ada si dia berkata anda terlalu gemuk atau terlalu kurus, kedua-duanya adalah kenyataan yang agak biadab.
#9 Suka Mendera & Kasar
Elak dari bercinta dan berkahwin dengan lelaki yang sanggup ‘naik tangan’ pada anda. Belum jadi isteri sudah pandai melakukan kekasaran fizikal apa lagi selepas sudah menjadi yang sah nanti? Hati-hati membuat pilihan anda kerana anda bakal hidup dengannya sepanjang hayat anda!
#10 Suka Mengarah
Bukan haknya untuk memberitahu berapa kali anda harus makan dalam sehari, banyak mana kuantiti makanan yang harus anda ambil dan pakaian bagaimana yang harus anda pakai. DIA BUKAN ORANG PENTING dalam hidup anda melebihi ibu dan bapa anda. Si dia tidak berhak mengemudi kehidupan anda.
#11 Bukan Pendengar Yang Baik
Sedang anda meluahkan perasaan, fikirannya mula melayang, tidak fokus kepada anda malah boleh melihat telefon meskipun anda sedang teresak-esak meratap dihadapannya?
Ini tandanya si dia langsung tidak berharga untuk disimpan sebagai calon suami anda! Chao!
#12 Merayu Mahukan Gambar Bogel Anda
Terujanya apabila lelaki mahu melihat tubuh anda secara jelas, namun begitu belum tiba masanya lagi! Jika anda dan si dia belum ada ikatan yang sah, janganlah terlalu berani dan asyik untuk hidup dalam mimpi dan fantasi. Bahaya!
Memanglah sekarang dia cinta anda sehingga anda sanggup berkongsi foto peribadi anda dengannya, tetapi bila ribut taufan mula melanda hubungan anda nanti? Hmm, jangan marah jika sebaik anda putus dengannya, foto berahi anda itu telah berada dalam tangan orang lain. Sebelum terlambat, sila elak.
#13 Tidak Boleh Menerima Jawapan ‘TIDAK’
Lelaki tidak sepatutnya hidup dalam ego yang tinggi menggunung. Sekali-sekala, mereka perlu belajar untuk menerima perkataan ‘TIDAK’ yang datang dari mulut perempuan kesayangannya.
Jika dia hanya mahu dirinya sahaja yang betul, ah lupakan sahaja si dia!
#14 Berfoya-Foya
Buat apa membazir waktu, tenaga dan wang ringgit untuk berdepan dengan lelaki yang suka berfoya-foya di belakang anda. Janganlah menjadi wanita yang ‘lurus-bendul’. Sebab itu orang kata,
“Kalau kita tak sayang orang tu tak apa, asal orang tu yang sayang dan mencintai kita kerana kita boleh tanam perasaan cinta kita pada orang itu sedikit demi sedikit namun kita tidak boleh memujuk atau memaksa seseorang untuk jatuh cinta pada kita”.
Selamat beramal!