Hari Krismas antara musim perayaan yang dinanti-nanti oleh rakyat Malaysia, begitu juga dengan The Coffee Bean & Tea Leaf® dengan membawa keriangan dan berkongsi keindahan Krismas tahun ini bersama menu pencuci mulut ‘Season’s Dreamings’ Christmas Dessert Menu.
Dari hidangan kek klasik Vintage Fruit Cake dan Dresdner Stollen sehinggalah hidangan eksklusif Whimsical Chocolate Cake berperisa kacang hazel dan mocha, dan Winter Dipped Strawberries didalam coklat putih atau gelap. Tidak lengkap rasanya Krismas ini disambut tanpa minuman yang turut menjadi perhatian di dalam setiap jamuan perayaan. Double Chocolate Peppermint dan terbaharu basahan tekak Salted Butterscotch yang pasti menggiurkan.
Kesemua hidangan ini boleh didapati di kafe CB&TL seluruh Malaysia, termasuklah menu terbaru mereka Golden Mocha Log dan Twelfth Bread Loaf, kegemaran semua Classic Christmas Log dan Warm Winter House beserta minuman popular Double Chocolate Peppermint dan Red Velvet!
The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia juga memperkenal Caring Cup Initiative tanda sokongan terhadap Malaysian Lupus Foundation (PSLEM). Dijual dengan harga RM2.00 setiap satu dan hasil jualan tersebut disalurkan ke PSLEM sebagai sumbangan penaiktarafan Malaysian Lupus Resource Center.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi CB&TL – layari laman rasmi Facebook The Coffee Bean & Tea Leaf – Malaysia atau Instagram @coffeebeanMY, atau lawati laman sesawang www.coffebean.com.my.