Tidak habis lagi peminat Running Man dikejutkan dengan kisah ‘Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook Tinggalkan Running Man‘. Tersebar pula berita tentang mereka berdua sebenarnya ditendang keluar dan tidak ada langsung perbincangan antara kedua-dua pihak mengenai isu ini.
Menurut dari pihak Song Ji Hyo agensi MY Company mereka hanya menerima laporan yang mengatakan produksi Running Man akan membuat pembaharuan untuk program ini dengan menggantikan dua ahli yang baru.
Tambahan lagi agensi berkenaan mengetahui Song Ji Hyo meninggalkan program tersebut melalui media. “Kami tidak ada apa-apa komen berkenaan perasaan Song Ji Hyo apabila beliau mengetahui tentang kes ini”. Berita mengenai ‘Song Ji Hyo meninggalkan Running Man’ bukan sesuatu yang baik dan bukan dari kami.
Dari sumber Newsen pula berkata “Beliau mempunyai karier sebagai aktres dan beliau sendiri sudah pertimbangkan keputusan untuk mengakhiri program ini. Oleh itu, kami berpendapat ini adalah suatu perkara semulajadi dalam sesuatu program televisyen. Namun, ia benar tiada komunikasi dan perbincangan. Bercakap melalui sudut emosi, ini sesuatu yang mengecewakan tapi kami akur dengan cara dan keputusan pihak produksi.”
Nasib yang sama menimpa pada penyanyi Kim Jong Kook dan akhirnya pihak beliau membuka mulut mengenai berita ini.
Sumber mengatakan, “Pada mulanya kami hanya mendengar produser Running Man akan memberi nafas baru pada program ini dan akan menukar barisan ahli. Kemudian kami diberitahu melalui panggilan telefon, Kim Jong Kook diberhentikan, dua hari sebelum berita ini keluar.”
“Rakaman terakhir beliau pada 19 Disember hadapan,” laporan dari OSEN. “Kim Jong Kook sekarang menyiapkan beberapa lagu untuk memastikan beliau kembali dengan solo comeback atau bersama Turbo.”