Kita semua sedia maklum, orang Malaysia ni jarang nak hidangankan hidangan pembuka selera atau appetizer untuk tetamu andai menganjurkan majlis makan-makan atau rumah terbuka.
Jadi apa kata, penulis cadangkan anda untuk wujudkan suatu kelainan. Diinspirasi dari makanan perancis ala Itali, ini resepi Pasta Cawan Berkuah Tomato Dengan Meatball!
Bukan kanak-kanak je yang suka, orang dewasa pun mesti nak lagi 🙂
Apa yang menarik, meatball yang digunakan adalah buatan tangan sendiri, jadi bolehlah anda tambah perisa tertentu mengikut cita rasa. Jom belajar caranya!
BAHAN
- Spaghetti pilihan
- Sos Spaghetti pilihan
- 1 biji telur
- 1 paket daging cincang
- 1 kotak susu segar
- 1 biji Bawang kuning (saiz serdehana, didadu)
- Serbuk kerak roti (bread crumbs)
- Keju Parmesan (parut)
- Keju Mozzarella (parut)
- Daun Pasli segar
- Garam, serbuk paprika, serbuk italian herbs, lada hitam, gula secukup rasa
- Acuan tin mufin
- Butter untuk menumis dan gris
CARA-CARA
Penyediaan Daging
1. Panaskan ketuhar 150 – 200°c.
2. Pastikan daging telah lembut.
3. Ambil kertas tisu dapur (kitchen roll) dan tekap pada daging supaya ia kering tanpa sebarang air. Jangan guna tidu lembut biasa pula okay?
4. Masukkan telur, garam, serbuk lada hitam. Gaul sebati. (Hati-hati ketika menuang telur, takut konsistensi daging menjadi terlalu lembik dan sukar dibentuk menjadi bebola).
5. Masukkan pula serbuk kerak roti. ***Penulis gantikan serbuk kerak roti dengan kekacang campuran granola (ditumbuk halus dahulu) untuk sedikit kelainan.
7. Gaul sehingga semuanya lumat dan sebati.
8. Bulat-bulatkan daging menjadi bebola, sedikit kecil dari saiz bola pimpong dan susunnya di atas dulang pembakar yang telah siap bergris.
9. Bakar sehingga masak.
Penyediaan Sos
1. Cairkan satu camca butter tanpa garam.
2. Masukkan bawang kuning. Tumis sehingga naik bau.
3. Tuang separuh balang Sos Spaghetti berserta garam, serbuk paprika, italian herbs dan serbuk lada hitam secukup rasa.
4. Jika sos terlalu pekat, boleh tuang sedikit susu segar.
5. Masak sehingga menggelegak.
6. Cincang sedikit daun pasli dan campurkan di dalam sos.
Penyediaan Spaghetti
1. Didihkan air di dalam periuk bersama 1 sudu garam dan sudu minyak zaitun/minyak masak. ***Minyak dapat mengelak spaghetti melekat sesama sendiri setelah ditos.
2. Ambil segenggam spaghetti Kimball (agak mengikut siaz hidangan yang anda mahu) ***Satu genggam spaghetti boleh hasilkan 6 hingga 8 pasta cawan.
3. Patahkan ia pada dua bahagian dan masukkan ia dalam air yang telah mendidih.
4. Masak sehingga pasta agak lembut.
5. Alihkan daripada air dan biar ia sejuk.
6. Setelah sejuk, gaulkan pasta bersama keju mozzarella parut. (Satu genggam spaghetti = 1/2 – 1 cawan keju)
7. Griskan acuan tin mufin dengan butter.
8. Taburkan keju parmesan pada setiap permukaan dalam acuan tin.
9. Susun spaghetti yang telah diadun dengan keju mozzarella di dalam setiap acuan tin.
10. Bakar pada suhu 250°c untuk 10 minit atau sehingga warna spaghetti bertukar keemasan dan garing sedikit. Jangan bakar terlalu lama takut pasta menjadi keras.
Hiaskan!
1. Letak sebiji bebola di atas setiap spaghetti cawan sebelum curahkannya dengan sos dan sedikit taburan keju parmesan jika mahu.
2. Siap! Nikmatinya panas-panas sebagai pembuka selera yang pastinya memukau hati.
Selamat mencuba!