Sempena perayaan Deepavali yang bakal tiba 30 Oktober ini, jenama susu Fernleaf meraikan Deepavali dengan berkongsi resepi hidangan wajib sempena Deepavali iaitu Payasam. Istimewanya kali ini ialah bahan susu yang digunakan dalam penyediaan Payasam digantikan dengan susu penuh krim Fernleaf. Menariknya, Payasam di dalam bahasa sanskrit bermaksud susu.
Bukan satu, malah tiga resepi bakal dikongsikan dari Fernleaf bersama chef berpengalaman Chef Annette Isaac, merupakan berdarah campuran India dan Eurasia. Beliau mencipta tiga resepi menarik Payasam iaitu Payasam Gula Melaka, Puding Payasam dan Ais Krim Payasam. Dengan menggunakan susu penuh krim dari Fernleaf dan Gula Melaka, hidangan Payasam akan lebih pekat manis dan berkhasiat.
3 Resepi Payasam bersama Fernleaf :
Ramuan
- Sago – 1/2 cawan
- Air – 2 cawan
- Susu Tepung Fernleaf – 8 sudu besar
- Air – 3 cawan dan Gula Melaka – 1 cawan – digaul rata
- Serbuk buah pelaga – 1/2 sudu kecil
- Safron (optional) – secubit
- Minyak sapi – 1 sudu besar
- Kacang gajus – 1/4 cawan
- Kismis (emas atau hitam) – 1/3 cawan
- Serbuk jeli konyakku – 10g (1 paket)
Peralatan yang diperlukan
- Kuali
- Periuk
- Cawan penyukat
- Mangkuk dan piring untuk hidangan
- Acuan jeli
- Acuan ais krim
- Batang ais krim
Payasam Gula Melaka
Cara masak #1
- Panaskan minyak sapi dalam kuali dan masukkan kacang gajus dan kismis. Gorang sehingga keemasan. Padamkan api dan biarkan sementara.
- Dalam periuk lain, didihkan sagu dan air sehingga sagu masak.
- Campurkan bancuhan susu Fernleaf, gula melaka dan serbuk buah pelaga.
- Masukkan safron (jika digunakan). Kacaukan dan reneh sehingga menjadi pekat.
- Masukkan buah gajus dan kismis. Hidangkan
Puding Payasam
- Ikut cara masak #1.
- Kacau dan tambahkan 1 paket serbuk jeli konyakku.
- Kacau sehingga payasam menajdi pekat. Padamkan api.
- Biarkan sejuk seketika dan masukkan dalam acuan jeli. Sejukkan jeli dalam peti sejuk. Hidangkan.
Aiskrim Payasam
- Ikut cara masak #1.
- Masukkan safron (jika digunakan) dan masak sehingga pekat.
- Padamkan api dan bairkan payasam sejuk.
- Bahagikan kacang gajus dan kismis dalam acuan aiskrim.
- Isikan payasam yang disejukkan dalam acuan aiskrim dan bekukan dalam peti sejuk. Hidangkan sementara masih beku.
Fernleaf memberi inspirasi kepada penggunanya untuk mendapatkan nutrisi dari setiap hidangan dan Fernleaf akan berkongsi lagi resepi berkhasiat ini dengan mengadakan aktiviti luar bersama orang ramai. Masa dan tempat aktiviti seperti berikut :
15 Oktober 2016 (4.30 petang) – Little India, Jalan Leboh Ampang, Kuala Lumpur
21 & 22 Oktober 2016 (5.30 petang) – Stadium Shah Alam
26 & 27 Oktober 2016 (5.30 petang) – Little India, Brickfields, Kuala Lumpur
Susu Fernleaf Full Cream Milk Powder diformulasi untuk menyokong kesihatan anda dan keluarga. Ia boleh didapati didalam dua variasi – Fernleaf Full Cream Regular pada 1.8kg (RM 53.45), 900g (RM 27.90) dan 550g (RM 17.50) dan Fernleaf Instant pada 1.1kg (RM 31.00) dan 550g (RM 16.50).