Tahun lepas peminat hiburan Korea digemparkan dengan berita pembubaran kumpulan 2NE1.
Sejak itu, pelbagai teori menjadi topik panas dikalangan peminat mereka yang dikenali sebagai Blackjacks sebab pembubaran kumpulan yang sudah berada di industri selama tujuh tahun itu.
Ini kenyataan rasmi dari pihak YG:
“Kontrak esklusif 2NE1 telah tamat pada Mei 2016, dan Minzy turut meninggalkan 2NE1, setelah perbincangan lanjut bersama ahli kumpulan yang lain kami mengambil keputusan rasmi untuk berpecah. 2NE1 merupakan kumpulan penyanyi YG selama tujuh tahun, kami tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perasaan kami, ianya sememangnya sukar untuk meneruskan. Daripada menunggu untuk promosi 2NE1 yang seterusnya, kami kemudian ingin fokus kepada aktiviti solo mereka.”
Baca: OH TIDAK! YG SAHKAN KUMPULAN K-POP 2NE1 TIDAK LAGI BERSAMA
Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif YG Entertainment, Yang Hyun Suk menerangkan perkara sebenar pembubaran 2NE1.
“Saya mahu melindungi 2NE1 apabila Minzy berpindah ke label lain tetapi sebab mengapa saya membuat keputusan yang membawa kepada pembubaran mereka adalah kerana kesihatan mental Park Bom tidak stabil. Selepas kejadian itu (kontroversi dadah), kritikan yang diterimanya sangat besar dan hangat. Walaupun Park Bom mengalami tekanan dan rasa bersalah, namun dia juga masih berharap dapat kekal dalam aktiviti promosi 2Ne1. Walaupun saya tahu pentingnya 2NE1 kepada Park Bom tetapi saya juga mahu dia mengutamakan kesihatan mental serta fizikalnya,” jelas Yang Hyun Suk.
Beliau menyambung, “Anda tidak akan tahu perkara yang mungkin akan terjadi nanti, siapa sangka mereka akan bersatu kembali seperti S.E.S. Saya percaya ianya akan berlaku.
YG Entertainment secara rasmi mengumumkan pembubaran 2NE1 pada November 2016.