Sebuah van yang penuh dengan muatan barang perhiasan dan perkakas rumah dilihat sedang sibuk melakukan pemindahan barang-barang milik keluarga Obama di sebuah kediaman mewah di daerah Washington, D.C pagi semalam.
Rumah yang dikatakan bernilai hampir $4.3 Juta itu mempunyai keluasan 8,200 kaki persegi dan ia merupakan kediaman tetap bagi keluarga Obama untuk tempoh dua tahun sementara menunggu anak bongsunya yang manja dengan panggilan Sasha itu habis pengajian sekolah tinggi.
JOM INTAI BAGAIMANA RUPA RUMAH BARU OBAMA…
BACA: DEKORASI RONA MONOKROM UNTUK HIASAN DALAMAN RUMAH EKSENTRIK (ARTIKEL BERGAMBAR)
Seperti kebanyakkan rumah agam lain, kediaman yang bakal dihuni keluarga mantan Presiden Amerika Syarikat itu turut dilengkapi 9 bilik dengan 8 buah bilik air berasingan. Ini tidak termasuk bilik-bilik khas lain seperti ruang hiburan, bilik persalinan serta persekitaran taman yang nyaman.
Rumah tersebut dikhabarkan telah dibina pada tahun 1928 dan sebelum ini pernah menjadi rumah kepada Bill Clinton bersama isterinya Giovanna Gray yang merupakan Editor untuk majalah Glamour.
Sementara itu, sebaik meninggalkan Rumah Putih beberapa hari lalu, Obama, Michelle dan dua orang anak perempuannya, Malia dan Sasha kini sedang sibuk menikmati percutian di California.
P.S. Dengar cerita, tiket percutian keluarga mantan Presiden itu hanya ditampung untuk perjalanan pergi sahaja. Selebihnya, Obama perlu membayar sendiri termasuklah kos tiket penerbangan pulang. Oh well!