Si cantik, Natasha Hudson mencuri perhatian netizen apabila fesyen baharunya berniqab yang dimuat naik menerusi Instagram peribadinya menerima kritikan positif oleh para pengikut.
Gambar yang dikongsi itu memaparkan Natasha mengenakan niqap berwarna hitam sambil memeluk sebuah buku berwarna merah bersama kapsyen berbunyi:
“I may not have Dunya wealth, but I have a hidden treasure box so valuable filled with books that are gems to me. I could drown in the ocean of knowledge. Where do we think we are heading if we don’t make time to absorb all these Ilm available to beautify our hearts and polish our souls,” tulisnya.
https://www.instagram.com/p/BNhLArPA78s/?taken-by=natashahudsonofficial&hl=en
Menerusi status yang dikongsi itu, Natasha juga menzahirkan bertapa dia ‘lemas’ dalam lautan ilmu yang mampu menyucikan hati dan mendidik jiwanya.
https://www.instagram.com/p/BNuMPpxg4W6/?taken-by=natashahudsonofficial&hl=en
Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangannya di media sosial gembira dengan perubahan itu. Malah ramai juga yang memberi kata-kata semangat kepadanya supaya terus istiqamah dalam penghijrahan yang dilakukan.
“Alhamdulillah. Im happy for you sister. Keep qowiy in this way. May Allah ease everything fr you.” ? – tulis nadiafarahinn
“semoga kamu kental utk hadap apa jua ujian dlm beristiqomah, mohon jangan jatuh,jgn ada hati utk kembali spt dulu, kedepan!kejar redha اللة itu matlamat sebenar sbg makhlukNya . keep your faith in beauty of akhlak..” 🙂 – komen figray
“Mashaallah. How i imagine to be just like you, you’ve inspired me. How i wish i am strong enough to face all the dunya challenges, and become just like you sweetheart. Keep on inspiring. May you and yr family granted His greatest rahmah!” – komen rfh.fgh.
https://www.instagram.com/p/BNbsohqAbYE/?taken-by=natashahudsonofficial&hl=en
https://www.instagram.com/p/BNn5LHuAZRY/?taken-by=natashahudsonofficial&hl=en
Selain itu, tahun ini juga menyaksikan beberapa selebriti tempatan seperti Sherry Ibrahim dan Fathia Latiff yang turut melakukan penghijrahan yang cukup bermakna ini.
Pelakon, Sherry Ibrahim membuat keputusan untuk berhijab pada hari lahirnya yang ke-33, hari ini, bagi menggembirakan kedua-dua ibu dan bapanya. Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim turut menyifatkan keputusannya itu juga adalah di luar jangkaan diri sendiri, pada masa sama penghijrahan terbabit memberikan ketenangan buatnya.
https://www.instagram.com/p/BNhWPRMgN4X/?taken-by=sherryibrahim&hl=en
“Keputusan yang saya buat ini (berhijab) begitu singkat sebenarnya. Bersempena dengan hari lahir, saya mahu hadiahkan sesuatu yang sangat bermakna buat ibu dan ayah,” jelasnya.
Bagi Fathia Latiff pula, “berhijab adalah langkah yang besar dan saya tidak mahu memperlekehkan sebarang penghijrahan yang dibuat. Saya mahu istiqamah dengan keputusan bertudung setelah memilih jalan untuk berhijrah,” terangnya.
https://www.instagram.com/p/BM_HB7fFWP5/?taken-by=fatiyalatiff&hl=en