Rakyat Malaysia sudah mengenali Nando’s sejak 19 tahun lalu dan untuk pertama kalinya pada tahun ini dalam sejarah Nando’s Malaysia memperkenalkan perasa baru didalam ayam Peri-Peri. Mango & Lime, berasal dari Afro-Portugis memberi dimensi manis-manis masam.
Diimport khas dari Afrika Selatan, perasa Peri-Peri biasanya didatangi 4 pilihan pedas, Lemon & Herb, Mild, Hot dan Extra Hot. Kini, Mango & Lime mewarnai buku menu Nando’s dan menghangatkan lidah peminat ayam Nando’s bersesuaian dengan rakyat Malaysia yang menggemari masakan pedas dan manis.
Bukan itu sahaja, Nando’s juga mengeluarkan minuman Tropical Fruitea yang mengasyikan umpama berada di pulau tropika. Sama seperti ayam Peri-Peri, minuman baharu ini juga dihasilkan dari Mango & Lime iaitu jus oren dan teh limau.
Mango & Lime sudah menjadi hit di United Kingdom dan Australia, kini giliran Malaysia pula untuk merasai kehangatan dan kemanisan Mango & Lime. Berita baik! Nando’s Malaysia menambah Mango & Lime sebagai menu kekal. Maklumat lanjut mengenai masam manis Nando’s layari www.nandos.com.my atau laman Facebook Nando’s Malaysia www.facebook.com/nandosmy.