Istilah fesyen membawa erti trend popular atau gaya pemakaian individu yang mencerminkan personaliti peribadinya.
Definisi fesyen menurut Colin McDowell, Pengerusi Kumpulan Kostum di Britain pula menyatakan, “fesyen adalah sesuatu yang berkembang pantas mengikut peredaran zaman. Fesyen juga mengikut keadaan sosial, politik, dan kebudayaan sesuatu tempat”.
Banyak yang cantik, dan tidak kurang pula dengan rekaan yang pelik. Jenama pereka terkemuka seperti Dolce & Gabbana dan Moschino misalnya sering membawakan konsep-konsep kreatif menarik bagi setiap koleksi rekaan yang dipersembahkan kepada umum saat berlangsungnya minggu fesyen besar-besaran di New York, Paris atau Milan.
Untuk itu, Wanista tampilkan beberapa lagi imej rekaan fesyen dari pereka termahsyur yang berani tampil dengan ciptaan eksentrik sekaligus dapat dikaitkan dengan item-item yang sebenarnya agak tidak masuk akal untuk dijadikan ilham rekaan bagi jenama fesyen berkelas.
#1 Bakul Pasaraya: Chanel
#2 Nasi Lemak Bungkus: Hermes
#3 Tikar Mengkuang
#3 Alas Kaki Anyam
#4 Tali Raffia: Dolce & Gabbana
#5 Raga Simpanan Plastik
#6 Beg Pasar Berjalur: Balenciaga
#7 Alas Kaki Kain Perca
#8 Bulu Pembersih Habuk
#9 Beg Selimut Toto: Balenciaga
#10 Berus Mencukur
#11 Pakaian Lama: Yeezy by Kanye West
#12 Selimut Hotel: Celine
#13 Bakul Sampah Rotan: Karen Walker
#14 Getah Paip PVC: Chanel
Ada antara rekaan ini memang kelihatan lucu tapi harganya… amboi mahal bukan main kerana JENAMA! Macam baju koyak rabak jenama Yeezy yang berharga ribuan dollar tu, boleh DIY sendiri je kot 😛