Meriahkan lagi majlis dengan memainkan alunan irama yang memberi penuh makna pada anda dan pasangan. Pilihan seleksi hiburan perlu dibincangkan dengan pasangan dan keluarga. Bukan itu sahaja, lagu dan irama yang dipilih haruslah sesuai dengan tema majlis ataupun lagu tersebut merupakan pilihan anda berdua. Selalunya pilihan yang dimainkan adalah lagu kesukaan kedua pasangan, jadi dapat bangkitkan cinta antara anda berdua. Bagi memastikan majlis anda tidak bosan, anda punya pilihan sama ada mahukan live band, hanya buat karaoke, penuhi dengan lagu irama tradisional, penggunaan khidmat DJ dan juga jemputan penyanyi kegemaran.
LIVE BAND
Kelebihan live band ialah alunan muzik mereka dimainkan secara langsung dan lebih meriah. Jika anda memilih live band, jangan lupa berikan senarai lagu pilihan kepada mereka agar tidak tersasar daripada apa yang anda inginkan.
KARAOKE
Karaoke memberikan ruang untuk sesiapa sahaja menyanyi di majlis perkahwinan anda. Sama ada ia satu kelebihan atau kekurangan, sukar untuk ditentukan. Jika yang bersuara merdu yang menyanyikan mungkin anda bernasib baik tetapi jika sebaliknya, ya ampun. Karaoke merupakan pilihan banyak pasangan lebih-lebih lagi yang menjalankan majlis di rumah. Pastikan keluarga dan jiran anda restu dengan cadangan kerana bimbang jika menganggu kejiranan. Bila sudah karaoke, pastikan anda mempunyai senarai pelbagai jenis lagu untuk dinyanyikan.
IRAMA TRADISIONAL
Untuk majlis berkonsepkan tradisional, anda boleh mengupah persembahan silat, tarian zapin, kompang ataupun cak lem pong. Bergantuang kepada kesesuaian majlis, pastikan anda membuat tempahan lebih awal agar mereka mempunyai masa yang cukup untuk berlatih. Untuk silat dan tarian, pastikan anda menyediakan sedikit ruang untuk mereka beraksi.
DJ
Mereka hanya memainkan lagu-lagu dalam playlist pilihan anda sepanjang majlis. Lagu yang dimainkan antara pilihan lagu terbaik anda berdua, namun anda juga boleh berbincang dengan mereka jika mereka juga mempunyai beberapa playlist yang menarik boleh dimainkan sekali. Di samping itu juga, kadang-kala ada DJ yang gemar berceloteh dengan para tetamu jadi pastikan DJ tersebut tidak syok sendiri sehingga tidak memainkan lagu yang anda inginkan.
PENYANYI
Jika punya duit lebih, tak salah jika anda mengundang penyanyi di majlis ratu sehari anda. Ianya sekaligus menjadi memori paling manis terutamanya jika penyanyi tersebut menyanyikan lagu kegemaran anda berdua. Tempahan awal penting kerana takut penyanyi yang anda inginkan mempunyai jadual yang padat.
PLAYLIST LAGU KAHWIN POPULAR
1. Yuna – Terukir Di Bintang
2. Anuar Zain – Ketulusan Hati
3. Jason Mraz – Lucky
4. Christina Perri – A Thousand Years
5. Celine Dion – The Power Of Love
6. Shania Twain – From This Moment
7. Taylor Swift – Love Story
8. Colbie Caillat – I Do
9. Anuar Zain – Ajari Aku
10. Barakallah – Maher Zain
11. Selamat Pengantin Baru – Saloma
12. Sempurna – Andra and de backbone
13. Ku pinang Kau dengan Bismillah – Ungu ft Rossa
14. Baik-baik Sayang – Wali Band
15. Savage Garden – Truly Madly Deeply
16. Maher Zain – For The Rest of My Life
17. Westlife – More Than Words
18. Aku Dan Dirimu – Ari Lasso ft Bunga Citra Lestari
19. 1234 – Plain White T’s
20. Savage Garden – I Knew I Love You
Tips Pemilihan Lagu Kahwin: Kalau boleh pilih lagu yang mempunyai lirik yang bermakna dan romantik buat anda berdua, sesuai dengan majlis, malahan juga punya irama yang sedap didengar.