Siapa kat sini mempunyai mata sepet atau mata sepet sebelah, angkat tangan?
Yes, mata penulis pun sama macam anda semua. Cuma mata penulis tidaklah terlalu sepet tapi bentuk kelopak mata penulis tidak terlalu menonjol dan kalau penulis tidur lebih jam, bahagian mata penulis jadi bengkak dan kelopak mata penulis akan hilang.
Masalah orang yang tiada kelopak mata atau kelopak yang tidak berbentuk ini datang bila nak berhias menggunakan eyeliner atau eyeshadows. Memang failed! Jangan bermimpilah nak apply eyeshadow glitter, serupa tak pakai langsung sahaja.
Artikel kali ini, penulis tulis sendiri pengalaman tentang bagaimana bentukkan kelopak mata tanpa pembedahan plastik yang biasa anda baca di media sosial. Penulis ajar anda satu teknik semulajadi tanpa rasa sakit langsung. Serius, tak tipu!
Biasa tak nampak alat dibawah ini dekat mana-mana kedai kecantikan?
Alat ini dipanggil ‘eyelid tape’, pelekat berwarna cerah, berlengkung dan biasanya didalam kotak penuh dengan tulisan Jepun dan Cina. Hahaha.
Penulis memilih eyelid tape berbanding jenis gam, kerana ia mudah untuk digunakan juga senang tanggal.
Cara nak guna dan pakai eyelid tape?
1. Pastikan kawasan mata anda bersih, bebas mekap.
2. Ambil eyelid tape, jika saiz eyelid tape lebih panjang, potong sedikit dibahagian hujung supaya lebihan tersebut tidak terkeluar bila anda memakainya.
3. Guna cermin untuk pastikan bahagian garisan atas mata untuk anda tampal eyelid tape.
4. Pejamkan mata dan tampal eyelid tape. Buka mata kemudian pejam celik mata beberapa kali. Jika anda tidak nampak eyelid tape, maknanya anda berjaya!
Tips untuk tampak natural dengan eyelid tape
1) Tambah eyeliner, untuk mata lebih galak dan besar.
2) Jika anda risau eyelid tape kelihatan, cuba fokuskan dibahagian bulu mata. Lebatkan bulu mata dengan maskara atau bulu mata palsu.
3) Pilih eyelid tape yang berwarna jernih atau lutsinar. lembut dan mudah dibentuk. Dengan itu, anda juga mudah untuk menyolek dibahagian mata.
Kesan sampingan
# Kulit kendur. Ini disebabkan dari kesan tarikan kulit terhadap pelekat eyelide tape. Nasihat penulis guna ia secara berhemat dan tidak terlalu kerap.
# Iritasi pada kulit. Jika anda mempunyai kulit sensitif, maaf anda tidak boleh menggunakan eyelid tape.
# Kurang selesa. Mungkin anda akan berasa kurang selesa pada awal penggunaan eyelid tape tapi percayalah, lama-kelamaan anda akan terbiasa.
Untuk dapatkan bentuk kelopak secara kekal, penulis cadangkan penggunaan selama 3 bulan tanpa henti. Anda kena pakai siang dan malam termasuklah semasa tidur. Secara tidak sedar, anda akan alami perubahan bentuk kelopak mata.
Nah, penulis kongsikan gambar sebelum dan selepas penggunaan eyelid tape.
Hasil bentuk kelopak mungkin tidak sama dan mengambil masa yang berbeza mengikut individu. Jadi jangan cepat mengalah kalau hasilnya lambat. Nak cantik kena banyak sabar tau.
Dapatkan eyelid tape di kedai kecantikan anda sekarang dan selamat mencuba!
Rujukan 1