Sudah menjadi trend apabila lelaki diambil sebagai model didalam dunia solekan. Masih anda ingat kisah remaja 17 tahun James Charles buat pertama kali monopoli wajah produk Cover Girl maskara So Lashy!
Nah, kini giliran Maybelline pula mengangkat Manny Gutierrez sebagai duta produk maskara terbaharu mereka Big Shoot Mascara.
https://www.instagram.com/p/BO0uFanDuLT/
Manny Gutierrez salah satu ikon solekan yang mendapat perhatian di laman Instagram dengan jumlah pengikut seramai 3 juta.
“Sejujurnya saya amat berasa terharu dan teruja!,” ujar Guttierrez didalam Instagram, “Terima kasih Maybelline kerana memberi peluang kepada saya!”
Tahniah Manny Gutierrez.