Alhamdullilah, majlis persandingan dan kenduri semuanya sudah selesai. Kini masanya untuk mengambil alih masa untuk berada didalam keluarga besar suami anda. Pasti ada yang seram sejuk bila memikirkan..’ishh, macam manalah nak elak jadi awkward dengan kaklong, abang ngah dia ditambah lagi anak-anak saudara. Aduh, lagi berdebar dari akad nikah tadi’.
Sebelum anda nak melangkah keluar dari bilik itu, cuba terapkan lima tips yang Wanista senaraikan untuk anda ini. Harap bukan sekadar menjadi menantu yang terbaik malah turut menjadi sebahagian keluarga si suami. Orang tua-tua kata bila berkahwin bukan sahaja kahwin dengan suami, dengan keluarganya juga kita ‘kahwin’ untuk selama-lamanya.
Berkongsi Minat
Tak tahu nak berbual topik apa? Cuba lah korek rahsia tentang hobi dan minat mereka. Mana tau mungkin anda mempunyai hobi yang sama dan siapa tahu anda boleh bertukar-tukar hobi dengan mereka. Tidak pun, apabila ada aktiviti keluarga seperti family trip, barbekue atau rewang kenduri jangan berat punggung untuk join.
Tambat Perut Mereka
Ini anda kena betul-betul belajar selera makan mereka dari ibu mertua atau suami. Ketahui apa makanan kegemaran adik-beradik suami anda. Senang nanti bila mereka bertandang ke rumah, anda dah tahu nak bikin apa di dapur. Bila kena di perut terus dekat dihati…
Jangan Mengampu
Hah! Sikap mengampu, memuji terlebih had dan sogokan hadiah bukan cara yang baik untuk bermesra dan menambat hati mereka. Biarlah perasaan ikhlas dan sayang itu muncul dengan sendiri, tak perlu menggunakan ‘rasuah’ segera. Takut nanti, lama-lama mereka akan perasan sikap anda yang terlebih-lebih inginkan perhatian atau ingin mendapatkan tittle ‘adik ipar terbaik’. Jadi lebih baik anda jadi diri anda sendiri dan simpan sikap pemurah untuk hari kelak.
Tak Usah Jadi Seperti Belangkas
Pengantin baru..tak sahlah kalau tidak berkepit 24 jam, tapi sila lah berpada-pada nanti takut meluat orang melihat. Jangan diekor sangat ‘punggung’ suami anda itu, cuba duduk bergaul bersama kaum wanita didalam keluarganya. Kalau rasa memang tak boleh nak bercampur berbual sekalipun, tayang muka pun sudah memadai. Biar mereka sedar akan kehadiran anda dan nampak jugalah effort anda untuk meletakkan diri dalam keluarga itu. Cuba pandai bawa diri…
Busy Body? Jangan Sesekali
Jangan nak mengundang masalah sendiri! Kalau iya pun anda memang kaki gossip tapi tak perlulah melibatkan keluarga mentua kamu. Bila terdengar apa-apa cerita yang kurang enak, pekakkan telinga, keraskan hati. Cukup sekadar asam garam dalam kehidupan berkeluarga sahaja. Okaylah, kalau benar anda memang nak tahu tentang perkara sebenar, bertanya sahaja pada suami dan noktah.