AkzoNobel, pengeluar jenama cat berkualiti Dulux, meraikan Tahun Baru Cina iaitu tahun ayam dengan mengadakan makan malam penghargaan media dengan sorotan ramalan trend tahunannya, ColourFutures yang mengambarkan trend warna utama dan ramalam warna bagi tahun 2017.
‘Denim Drift’ yang juga dikenali sebagai ‘Somkey Grey’ dikenal pasti sebagai warna kelabu-biru yang menawan, tak lapuk dek zaman dan versatil adalah mengenai keseimbangan yang cukup sesuai untuk menyambut Tahun Baru Cina.
Tema utama jenama ini bagi tahun 2017 iaitu ‘Kehidupan dalam sinar baru’, adalah sangat flesikbel yang mudah disesuaikan dengan semua gaya hidup dan hiasan dalaman, menjadikannya pilihan yang cukup sempurna mencerminkan perspektif baru kita bagi 2017.
Untuk melengkapkan warna pilihan tahun ini, AkzoNobel menghasilkan palet warna keluarga yang menonjolkan spektrum warna biru dan tona – mewujudkan cara baru untuk mengabungkan warna-warna ini sesuai dengan tema utama jenama ini bagi tahun 2017 iaitu ‘Kehidupan dalam sinar baru’. ‘Romantisisme Baru’, Perkongsian Individualisme, Kediaman Untuk Bekerja dan Tanggapan Kemewahan semuanya adalah gambaran bagaimana kesedaran global yang baru ini dapat diekspresikan dalam bidang kehidupan yang berbeza.
AkzoNobel juga memperkenalkan dua produk terbaharu iaitu Dulux EasyClean dan Dulux EasyClean Plus dengan Teknologi KidProof baru yang menawarkan warna wajib bagi 2017, Denim Drift dengan spektrum warna yang luas supaya anda dapat mencipta suasana yang diinginkan pada musim perayaan ini. Barisan produk EasyClean kini didatangi dengan kemasan matt dan sheen yang lebih mudah dibersih dan boleh mengekalkan warna yang bertenaga yang kelihatan segar dan bersih lebih lama.
Dulux menyediakan lebih 2,000 warna supaya anda dapat menemukan cara untuk mengubah kediaman anda dengan suasana yang tidak dapat dilupakan serta menimbulkan inspirasi sebagaimana yag anda inginkan tahun ini. Untuk maklumat lanjut, mengenai Warna Pilihan bagi Tahun 2017 layari laman sesawang Dulux di http://www.dulux.com.my atau laman Facebook Dulux Malaysia di http://www.facebook.com/DuluxMalaysia.