Supermodel dan juga jurucakap Swarovski, Karlie Kloss bersama-sama Swarovski memberi seleksis idea untuk anda yang mencari hadiah sempena musim percutian ini. Pelbagai desin yang boleh dipakai secara mix and match dengan kilauan batu Swarovski. Bagi anda yang masih lagi mempunyai masalah untuk memilih idea, jangan risau Karlie Kloss bantu anda dengan memberi dua pilihan hadiah untuk orang tersayang : Ibu dan Sahabat.
Rekaan yang tidak ketinggalan zaman, Karlie memilih koleksi dari Fizzy untuk si Ibu ratu hatimu. Berperincikan mewah dengan rekaan loket berbentuk bintang untuk rantai, anting-anting. Pasti si pemakai tampak elegan setiap kali mengayakannya. Selain itu, koleksi gelang tangan kristal Crystaldust terbaru dari Swarovski yang direka berbentuk lingkaran juga sesuai untuk dihadiahkan.
Apa pula idea hadiah untuk sahabat anda ? Aksesori barang kemas yang berkonsep kontemporari dan anggun. Jangan ketinggalan untuk dapatkan rantai dan cincin yang pasti menarik perhatian sesiapa yang melihatnya dari koleksi ala rock Fantastic bermotifkan bintang yang ditacap glam-rock.
Untuk melihat lebih lagi mengenai Koleksi Hadiah ‘Holiday Gift 2016’ Swarovski, anda boleh layari laman web SWAROVSKI.