Letih lihat orang lain cantik, kita pun hendak cantik juga.
Namun jika menjaga makan sahaja tidak cukup untuk menjadikan badan anda serta-merta kelihatan cantik. Pengorbanan diperlukan sebelum semuanya menjadi realiti.
Anda cemburu dengan bentuk badan yang dimiliki oleh adik-beradik Kardashian? Ini Wanista sediakan 7 panduan cermat yang diamalkan oleh The Kardashians.
#1 Tetapkan Angka Penurunan Berat Badan Yang Mahu Dicapai
Menjelang 2010 selepas dia melahirkan anak, Kim gigih menjalani beberapa siri tempoh penurunan berat badan dna bagi mencapai target tersebut, Kim menetapkan angka kuantiti berat badan yang ingin diturunkannya.
Menurut Pakar: Individu yang sering menimbang berat badan terdorong untuk mencapai berat badan idaman mereka. Ini kerana mereka sering memantau berat badan mereka setiap hari membuatkan mereka bijak untuk mengawal pengambilan serta gaya pemakanan harian yang diamalkan.
Asalkan sahaja anda telah tetapkan matlamat atau angka berat badan yang idaman anda, anda pasti boleh mengurangkan berat badan.
#2 Mulakan Pagi Dengan Pengambilan Minuman Protien
https://www.instagram.com/p/BFMRzS-k1iO/
Seperti Kourtney, dirinya mengaku akan meminum minuman goncang protien setiap pagi semasa sarapan. Susu goncang itu mengandungi pisang, epal, yogurt tanpa lemak, kacang almond, sedikit serbuk kayu manis serta satu skop serbuk protien jenama QuickTrim. (mungkin di Malaysia anda boleh beli jenama serbuk protien terbaik yang lain).
Khloe pula berkata yang dirinya akan meminum minuman protin tersebut ketika dalam perjalanan pulang dari gim setiap pagi bagi menahan lapar.
Kata Dr. Seltzer yang merupakan seorang pakar, “Cara ini adalah jalan terbaik untuk mendapatkan nutrisi yang secukupnya untuk tubuh setiap pagi kerana saya juga gemar meminum minuman protien campuran seperti itu”.
#3 Hadkan Kalori
Kim tidak akan makan melebihi 1,800 kalori sehari jelas pakar nutrisi yang memimpinnya Collete Heimowitz.
Kata pakar, meskipun agak sukar untuk mengira kalori setiap kali anda mahu makan, ianya tetap harus dilakukan jika anda benar-benar mahu kurus. Anda boleh makan apa sahaja yang anda mahu, tetapi kira dahulu kandungan kalorinya. Ambil dalam kauntiti yang sedikit.
Cuba kaji berat badan ideal anda mengikut umur dna ketinggian (BMI) supaya anda tahu berapa jumlah kalori terbaik yang bersesuaian untuk tubuh anda. Jika kurang pasti, anda boleh tetapkan temu janji dengan pakar dan mereka akan bantu serta memantau pengambilan kalori anda.
Cuba kira di sini —> www.calculator.net/calorie-calculator
#4 Makan 3 Hingga 4 Hidangan Protien Setiap Hari
Pelan pengambilan makanan Kim merangkumi 6 auns hidangan protien bagi setiap waktu makan iaitu dia mungkin akan memakan telur dan sayuran mentah bersama kepingan keju untuk sarapan, salmon panggang untuk makan tengahari serta dadaayam untuk makan malam.
Kata pakar, lebih banyak seseorang makan, lebih cepat kenyang anda akan rasa. Kandungan protien baik untuk mengekalkan kekuatan otot sewaktu tempoh pembuangan lemak.
#5 Alihkan Emosi Kepada Senaman Yang Anda Suka
Khloe pernah memuat naik satu status yang berbunyi kalau dia sedang berada dalam kemurungan, bosan dan tidak bahagia. Dirinya patah hati setelah putus dengan bekas teman lelakinya Lamar Odom. Sejak itu, Khloe banyak menghabiskan masa untuk bersenam bersama jurulatih persendiriannya, Gunna Peterson.
“Gunna menerapkan motivasi ke dalam diri saya agar mengalihkan emosi itu kepada perkara-perkara yang lebih berfaedah seperti bersenam”, tambahnya.
Kata pakar, dari anda menghabiskan masa untuk berkurung di dalam bilik sambil mengunyah snek tanpa sedar yang sebenarnya ia bisa menggemukkan anda, ada baiknya anda bersenam atau melakukan perkara lain untuk mengalih perhatian emosi anda itu.
BACA: 9 SEBAB KENAPA ANDA SELALU BERASA LAPAR MENURUT FAKTA SAINTIFIK PERUBATAN
#6 Makan Apa Sahaja Yang Anda Mahu
Kendall tidak heran untuk memakan apa sahaja yang dikehendakinya tetapi masih mampu mengekalkan bentuk badan yang langsing. Kendal mengaku bahawa makanan harian kegemarannya adalah pizza, burger, ais krim, roti bakar bersama telur dan banyak lagi!
Jadi apa sebenarnya yang dilakukan Kendall?
SENAMAN BERAT SECARA BERDISIPLIN.
https://www.instagram.com/p/BGR8AGiSR4h/
Jelasnya Kendall, “Saya tidak kisah jika perlu bersenam dengan teruk sekalipun kerana selepas itu saya boleh makan apa sahaja yang saya mahu dan itulah cara saya menjaga bentuk badan dan kekal kurus”.
“Selain bersenam, apabila tiba malam sebelum pertunjukan fesyen, saya akan tidur dengan cukup sekurang-kurangnya 7 jam. Itulah rahsia kecantikan saya”, tambahnya.
BACA: TIPS PENTING! 15 PUNCA SUKAR TURUNKAN BERAT BADAN
#7 Minum 12 Cawan Teh Detoks Setiap Hari
Kendall memberitahu E! News yang dia meminum Kusmi Detox Tea setiap pagi dan akan meminumnya secara berkala sebanyak 11 cawan lagi sepanjang hari.
Kata pakar, walau bagaimanapun, jangan langkau waktu makan anda. Anggap sahajalah teh hijau tidak mempunyai kalori. Makanan tetap perlu diambil untuk membekalkan tenaga kepada tubuh dan bagi memastikan fungsi tubuh bergerak dengan lancar tanpa sebarang masalah yang menjejaskan aktiviti harian seseorang.