Sudah menjadi tradisi bagi mereka yang merayakan Tahun Baru Cina untuk mengadakan majlis makan besar bersama keluarga tercinta.
Seperti yang lazim kita lihat, majlis makan besar Tahun Baru Cina akan dibuat di luar seperti di restoran-restoran eksklusif mahupun di hotel-hotel terkemuka, namun, tidak kurangnya juga ada di antara individu yang lebih selesa menghabiskan masa di rumah dengan menyediakan hidangan yang dimasak langsung dari dapur. Bak kata orang, bukankah air tangan sendiri itu lebih bermakna?
Untuk itu, sempena dengan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, Wanista ingin berkongsi resepi pencuci mulut Jeli Oren Mandarin yang pasti memberi lebih kenikmatan saat meraikan perayaan yang penuh kesejahteraan dan tuah.
Jom belajar caranya!
BAHAN:
- 4-5 biji Oren Mandarin (diperah jusnya)
- 2 cawan air Sparkling Water
- 1 paket serbuk jeli (perisa oren)
- Secubit serbuk lada merah
- 1 cawan air mendidih
- Krim putar sebagai hiasan
CARA:
1. Campurkan air mendidih bersama serbuk jeli tadi, kacau sebati dalam tempoh 3 minit (boleh juga dikacau di atas api)
2. Tuang pula 2 cawan Sparkling Water berserta jus Oren Mandarin ke dalam bancuhan jeli. Kacau sebati.
3. Tuang bancuhan ke dalam acuan kulit oren yang telah dibelah dua dan dikosongkan.
4. Pastikan kulit oren tersebut di susun dalam loyang tin mufin terlebih dahulu agar ia stabil.
5. Sejukkan di dalam peti ais.
6. Gaul krim putar dengan secubit serbuk lada merah untuk rasa yang lebih menarik.
7. Keluarkan jeli yang telah siap -hiaskan ia dengan calitan krim putar.
8. Nikmati ketika sejuk!
Selamat mencuba!