Tahun baru dan rasa baru memang tak dapat dipisahkan, ada sahaja perkara baru yang kita inginkan. Bagi memuaskan anda yang menginginkan sesuatu yang baru, Kenny Rogers ROASTERS sekali lagi mencipta resepi sajian terbaru mereka iaitu Golden Teriyaki Meal bersempena sambutan Tahun Baru Cina 2017.
Ayam yang dimasak sempurna dihidangkan bersama sos teriyaki turut mempunyai rasa herba dan rempah, juga isi nenas menyerlahkan rasa sos tersebut. Bukan sahaja itu, hidangan baru ini juga memperkenalkan minuman segar dari jus oren dan lemon Zesty Orange Blast dan Red Velvet Muffin dengan isi telur kuning.
Terdapat dua pilihan hidangan dari RM21.80:-
1) Golden Teriyaki Chicken Meal – 1/4 Golden Teriyaki Chicken + 2 hidangan sampingan + 1 Red Velvet Lava Muffin
2) Golden Teriyaki Soup Meal – 1/4 Golden Teriyaki Chicken + 1 Country-style Chicken Soup + 1 side dish + 1 Red Velvet Lava Muffin
Selain itu, anda juga boleh memesan hidangan ala carte Golden Teriyaki Chicken dengan harga RM14.80 sahaja. Anda juga boleh jimat RM38.80 dengan memesan tawaran Golden Teriyaki Feast pada harga RM88.80 didatangi bersama (2) Golden Teriyaki Chicken, (2) rotisserie-roasted 1/4 chicken, (2) Aromatic Rice, (4) Red Velvet Lava Muffin* dan (4) Zesty Orange Blast secara percuma.
Maklumat lanjut hubungi Kenny Rogers ROASTERS, 03-2119 9888 atau layari www.krr.com.my dan www.facebook.com/krrmalaysia.
*Red Velvet Muffin tidak terdapat di Sabah dan Sarawak