laju-laju buaiku laju… aku nak kawin dengan anak raja….
Amboi, masih ada lagikah yang berangan mahu kahwin dengan anak raja? Anak raja mana yang menjadi idaman anda itu?
Mungkin tidak ramai pembaca tahu, terdapat seorang putera dari kerabat diraja Brunei kini menjadi kegilaan anak-anak gadis seluruh rantau Asia. Pantang beliau memuat naik gambar di Instagram, hah muncullah komen ‘geli-geli’ dari pengikut akaun tersebut.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen, lahir pada 10 Ogos 1991 merupakan anak kesepuluh Sultan Brunei, Sultan Hassan Bolkiah dan bekas isteri Mariam. Putera Abdul Mateen merupakan barisan keenam pemegang takhta kesultanan Brunei dan kini sibuk menyiapkan pengajian ijazah jurusan Diplomasi Antarabangsa di SOAS, University of London.
Lumrah menjadi putera raja, Putera Abdul Mateen tidak ketinggalan mengikuti rekruit askar di Royal Military Academy Sandhurst dan menerima pangkat Leftenan. Selain itu, Putera Abdul Mateen banyak menjalani aktiviti lasak seperti scuba diving sehingga beliau mendapat pengiktirafan dari PADI Open Water Course yang membolehkan beliau menyelam kedalam laut sehingga 18 meter.
Wanista kepilkan beberapa gambar menarik di laman Instagram Putera Abdul Mateen untuk menjadi tatapan pembaca.
Sangat menyayangi keluarga
Juga putera kepada haiwan kesayangannya
Gemarkan aktiviti lasak
selfie is a must!
https://www.instagram.com/p/yykuMMH1MU/
Aish, tak usahlah bermimpi sehingga tingginya melebih langit angkasa. Berbaliklah kita semua kepada kehidupan realiti menempuh hiruk-pikuk celahan bandar Kuala Lumpur.
Wanista nak tahu anda semua pilih Putera Abdul Mateen yang mana ? Serius or cheeky ? 😛
Rujukan 1