H&M dengan bangganya mendedahkan Kempen Tahun Baru Cina 2017 yang menampilkan pelakon hebat Li Chen dan Fan Bingbing.
Ditangkap oleh jurugambar fesyen ikonik Chen Man, peminat akhirnya boleh menyaksikan koleksi yang menggambarkan kasih sayang dan kegembiraan dari kedua pelakon ini.
“Tahun Baru Cina merupakan tarikh cuti yang amat penting didalam kalendar lunar dan apa yang lebih menarik jika meraikannya bersama yang tersayang? Saya berasa sangat teruja menjadi wajah hadapan H&M sempena kempen Tahun Baru Cina bersama Bingbing. Dengan arahan fotografi artistik Chen Man, kami kehangatan dan kegembiraan yang ditonjolkan dari gambar kempen ini sampai kepada peminat-peminat kami,” kata Li Chen.
“Saya amat gembira dipilih untuk menjayakan kempen Tahun Baru Cina H&M 2017 bersama Li Chen. Semasa Spring Festival, semua orang mahu mengayakan pakaian dalam warna merah,” jelas Fan Bingbing.
Menggabungkan konsep estetika oriental dan sentuhan kontemporari, kempen ini sesuai dengan suasana menggambarkan sambutan Tahun Baru Cina.
Koleksi akan dijual secara eksklusif di 9 pasaran terpilih di Asia dan boleh didapati di Malaysia dari 12 Januari di butik H&M.