Dilaporkan, lebih 20 dilaporkan maut dan ramai lagi cedera dalam gempa bumi berukuran 6.4 magnitud di Pidie Jaya, Aceh awal pagi ini, menurut laporan media di Indonesia.
Gempa yang berpusat di 10 kilometer utara Reuleuet itu berlaku pada jam 5.03 pagi waktu tempatan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Data ukuran gegaran itu turut dikeluarkan Data Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia.
Setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan. Menurut pegawai tempatan gegaran berlaku sekitar awal pagi, ketika majoriti penduduk wilayah Islam itu sedang bersedia untuk solat subuh.
Pegawai Daerah, Apriadi Achmad berkata, seorang lelaki tua dilaporkan meninggal dunia, berkemungkinan akibat serangan jantung dan dikhuatiri berpuluh-puluh lagi dipercayai terperangkap di dalam runtuhan rumah.
“Beberapa rumah kedai dan kediaman runtuh di daerah Pidie Jaya dan pemiliknya dipercayai masih terperangkap,” kata Achmad yang juga ketua pejabat pengurusan bencana tempatan.
“Kami kini menggerakkan jentera berat untuk membantu, dan berharap dapat menyelamatkan mangsa yang terperangkap,” katanya.
Ahli seismologi berkata, gempa bumi itu dirasai di kebanyakan wilayah Acheh, yang pernah hancur di badai tsunami Lautan Hindi pada 2004. Ketua Meteorologi, Klimatologi dan Agensi Geifizik tempatan, Eridawati berkata sekurang-kurangnya lima gegaran susulan direkodkan setakat ini.
Update:
Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Penanggulangan (Pengurusan) Bencana Aceh Heni Via memberitahu, angka korban masih bertambah, lapor portal berita Kanal Aceh.
Sementara itu, pasukan SAR yang bergabung tenaga bersama orang awam terus menjalankan usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa.
“Pasukan SAR masih fokus melakukan pencarian. Sampai sekarang, terdapat puluhan rumah kedai yang musnah, maka angka korban dijangka bertambah,” terang Heni.
BREAKING: Death toll reaches 52 in quake in Indonesia's Aceh – disaster agency official pic.twitter.com/Th78GmVz9T
— Reuters (@Reuters) December 7, 2016
https://twitter.com/AbdMalekHussin/status/806354787654516736?ref_src=twsrc%5Etfw