Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga semestinya mempunyai impian ingin mengenakan busana atau gaun pengantin yang mereka impikan. Kami bariskan beberapa gaun pengantin ikonik sepanjang zaman, dari era hitam putih sehingga zaman berwarna. Setiap darinya punya kisah yang menarik dan mencipta sejarah tersendiri.
1. Gaun kahwin Jacqueline Kennedy sewaktu berkahwin dengan John F Kennedy pada September 1953 direka oleh pereka fesyen New York, Ann Lowe. Sememangnya penampilan dilengkapi sarung tangan pendek dan layah berpotongan lebar.
2. Gaun pengantin Grace Kelly merupakan antara yang cukup popular. Ia direka oleh Helen Ros dan menggunakan 25 ela kain sutera tafeta dan proses menyiapkannya mengambil masa selama 6 minggu.
3. Puteri Diana menyarung gaun pengantin dengan train sepanjang 25 kaki sewaktu berkahwin dengan Putera Charles pada 1981. Ia direka oleh David dan Elizabeth Emanuel.
4. Watak Carrie Bradshaw yang dipegang oleh Sarah Jessica Parker cukup ikonik dalam sejarah siri TV dan filem antarabangsa. Gaun kahwin rekaan Vivienne Westwood disarung Bradshaw di dalam filem Sex & The City juga berjaya mencuri tumpuan.
5. Gaun pengantin ilham Carolina Herrera yang disarung oleh Kristen Stewart untuk watak Bella Swan dalam filem Twilight Breaking Dawn membuatkan ramai yang menjadikannya sebagai gaun kahwin impian yang dikira agak relevan buat zaman sekarang. Khabarnya ia mengambil masa selama 6 bulan untuk disiapkan.
6. Mengahwini Jamie Hince di Southrop pada Julai 2011, gabungan gaun bersama tiga puluh jenis chiffon ini turut dipamerkan di Victoria & Albert Muzium. Direka oleh teman akrabnya John Galliano, gaun klasik jarang Kate Moss adalah kombinasi ideal suntikan keseksian bersama keanggunan vintaj.
7. Selama berbulan membuat spekulasi tentang pereka yang bakal dipilih Kate Middleton buat busana perkahwinannya, namun pada April 2011, Kate tampil anggun mengenakan karya mewah Alexander McQueen.
8. One word, stunning! Memilih busana Oscar de la Renta kerana pereka ini memahami gaya yang diinginkan oleh Amal Amaludin untuk hari terindahnya. Menggunakan fabrik renda Perancis serta perincian berlian dan permata melengkapkan gaun mewah milik ikon fesyen ini. Manakala di bahagian leher, direka off shoulders bagi menampilkan potongan seksi di bahagian leher begitu menggambarkan gaya personaliti ini.
9. Solange Knowles, adik kepada Beyonce yang melangsungkan perkahwinannya bersama Alan Fergusan di New Orleans mengenakan jumpsuit potongan rendah di bahagian dada rekaan Stephane Rolland.
10. The most favorite! Unik! Namun itulah Angelina Jolie. Busana ringkas hasil rekaan rekaan Luigi Massi dari Atelier Versace berfabrikkan satin ivory begitu cantik disarungkan oleh Angelina Jolie. Paling mendapat perhatian adalah lukisan warna-warni yang di lukis oleh kesemua anak Jolie Pitt pada bahagian belakang gaun dan juga di veil meleretnya itu.
11. Ringkas namun tetap nampak classy dan chic, paling menarik adalah rekaan dua dalam satu yang menjadikan ia begitu unik dan menarik di mata kami. Memilih gaya minimalis, gaun Poppy Delevigne diperhiaskan dengan butiran manik kecil di kesuluruhan gaun tersebut dan diserlahkan lagi dengan hiasan bunga tampal di bahagian badan dan garisan kaki kain gaun tersebut.
12. Gaun perkahwinan yang disarungkan Kim Kardashian ini begitu memukau mata yang memandang. Merupakan hasil rekaan Riccardo Tisci, pengarah kreatif dari jenama Givenchy, gaun putih berenda di bahagian lengan dan menampilkan sexy cutouts menayangkan tubuh badan belakang dan sisi selebriti ini membuatkan dia begitu elegan sekali di majlis itu.
Kepada bakal pengantin di luar, pilihlah gaun pengantin yang buat anda selesa dan yakin dengan penampilan anda.