Bersempena Hari Sambutan Osteoporosis Dunia pada 20 Oktober yang lepas, Osteoporosis merupakan penyakit yang menyerang pesakit secara diam. Secara umumnya orang dewasa berumur 50tahun keatas sering diserang penyakit ini. Sebagai memupuk kesedaran kepada masyarakat pihak Fonterra telah menyediakan 4 resepi khas yang kaya dengan kalsium sebagai kempen kesedaran tentang kepentingan pengambilan makanan tenusu didalam kehidupan seharian.
Penyediaan menu makanan atau minuman dari tenusu disyorkan dua atau tiga hidangan sehari. Seperti satu gelas susu, satu keping keju atau secawan yogurt. Pastikan kanak-kanak dan orang dewasa dapat keperluan kalsium yang disyorkan.
Jom kita cuba keempat-empat resepi ini :
Almond Oat Pancakes olahan Pn. Indra Balaratnam
Bahan-bahan :
- 375ml Fernleaf Full Cream Milk
- 125gm tepung naik sendiri
- 45gm oat segera
- 3 sudu besar kacang almond
- 1 biji telur
- 2 2 sudu besar minyak sayuran
- 2 sudu kecil baking soda
- Anchor Unsalted Butter – untuk mengoreng
Bahan untuk hiasan :
- Fernleaf CalciYum Yoghurt – Vanilla
- Potongan buah-buahan segar mengikut pilihan : mangga, strawberi, kiwi dan sebagainya
Cara untuk memasak :
- Sediakan pengisar dan letakkan bahan Fernleaf Full Cream Milk, tepung naik sendiri, oat segera, kacang almond, telur, minyak sayuran dan baking soda didalam satu adunan. Kemudian kisar bersama sehingga halus.
- Cairkan Anchor Unsalted Butter diatas kuali leper panas.
- Tuang adunan batter tadi dan goreng sehingga keemasan.
- Hidangkan pancake dengan hiasan atau topping Fernleaf CalciYum Yoghurt – Vanilla dan potongan buah.
Smoothie Pisang dan Strawberi
Bahan-bahan :
- 15gm Fernleaf CalciYum Vanilla Flavoured Milk Powder (juga boleh guna Anlene Milk Powder)
- 80ml air sejuk
- 110ml Fernleaf CalciYum Yoghurt – Vanilla (juga boleh diganti dengan Anlene Low Fat Plain Yoghurt)
- 1/2 cawan strawberi segar
- 1 1/2 cawan pisang segar
- 1 sudu besar kacang almond
- Beberapa helai daun pudina sebagai hiasan
Cara penyediaan :
- Masukkan kesemua bahan didalam pengisar. Kisar semua bahan sehingga halus.
- Tuangkan didalam gelas dan hias bersama daun pudina atau tambah potongan buah-buahan.
Quiche Tuna Cendawan
Bahan-bahan untuk kerak quiche :
- 400gm tepung serbaguna
- 50gm Fernleaf Full Cream Milk Powder
- Garam
- 200gm Anchor Unsalted Butter
- 2 biji telur (kuning sahaja)
- 50ml air sejuk
- 2 bekas aluminum x 1o” atau 25bekas tartlet 1.5″
Cara penyediaan kerak quiche :
- Campurkan tepung, Fernleaf Full Cream Milk Powder, garam, Anchor Unsalted Butter, air sejuk dan telur kuning didalam bekas mesin pemukul.
- Bentukkan doh bulat, dan balutkan dengan cling wrap dan rehatkan doh selama 30 minit.
- Kemudian tekankan doh dan dapatkan 10″ kerak pie atau bekas kecil tartle.
- Ketepikan untuk digunakan selepas ini.
Bahan-bahan untuk isi tuna dan cendawan :
- 80gm Anchor Unsalted Butter
- 1 sudu kecil bawang putih – dicincang
- 2 biji bawang holland – dicincang
- 200gm tuna – kering
- 2 biji tomato – dipotong dadu
- 200gm cendawan – dipotong halus
- 20gm oregano kering
- 200ml Anchor Extra Yield Cooking Cream
- 8 biji telur – dipukul
- Garam dan serbuk lada hitam – perasa
- 220gm Anchor Mozzarella Shredded
- 80gm Anchor Colby & Cheddar Shredded
Cara untuk memasak :
- Panaskan oven pada suhu 165 celcius. Dengan menggunakan periuk bersaiz sederhana, cairkan Anchor Unsalted Butter dan goreng kilas bawang putih, bawang holland, tuna, tomato, cendawan dan oregano selama 5 minit atau sehingga lembut.
- Sediakan doh pie dengan menggunakan bekas acuan 10″ atau acuan kecil 1.5″.
- Didalam mangkuk bersaiz sederhana, campurkan bahan Anchor Extra Yield Cooking Cream dan telur, tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Kemudian gaul bersama Anchor Mozzarella Shredded dan Anchor Colby & Cheddar Shredded sehingga sebati sebagai adunan kedua.
- Tuangkan isi tuna dan cendawan bersama adunan kedua tadi.
- Bakar selama 20 minit atau sehingga masak kuning keemasan.
Spaghetti Cendawan Alfredo Bersama Ham Ayam Turki
Bahan-bahan :
- 180gm spaghetti – telah direbus
- 1 sudu makan Anchor Unsalted Butter
- 1 sudu kecil bawang putih – dicincang
- 2 biji bawang holland – dicincang
- 6 biji tomato ceri – dipotong dua
- 2 cendawan butang putih – dihiris halus
- 1 cendawan shitake – dihiris halus
- 1 keping ham ayam turki – dipotong mengikut 1cm x 1cm
- 6 helai daun basil segar
- Stok ayam – jika perlu
- 180ml Anchor Extra Yield Cooking Cream / Anchor UHT Whipping Cream
- 20gm Perfect Italiano Grated Parmesan
- Garam dan serbuk lada hitam – perasa
Cara memasak :
- Cairkan Anchor Unsalted Butter. Tumis kilas bawang putih, bawang holland, tomato ceri, cendawan butang dan cendawan shitake sehingga masak dan bau harum.
- Tambah kepingan ham ayam turki dan basil segar didalam bahan tumis.
- Kemudian tambah Anchor Extra Yield Cooking Cream / Anchor UHT Whipping Cream dan stok ayam, kacau selama 30 saat.
- Taburkan Perfect Italiano Grated Parmesan, gaul sebentar.
- Tambah garam dan serbuk lada hitam sebagai perasa dan sedia untuk dihidang panas.