Wanista.com https://www.wanista.com Wanita, Fesyen, Kecantikan & Gaya Hidup Terkini Tue, 18 Sep 2018 09:00:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=4.9.7 https://www.wanista.com/wp-content/uploads/2017/04/wanista2017.png Wanista.com https://www.wanista.com 32 32 58390834 Apa Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Okinawa Diet, Rahsia Hidup Lama Orang Jepun https://www.wanista.com/2018/171644/apa-yang-kamu-perlu-tahu-tentang-okinawa-diet-rahsia-hidup-lama-orang-jepun/ Tue, 18 Sep 2018 09:00:40 +0000 https://www.wanista.com/?p=171644 Pernah dengar tentang Okinawa Diet? Diet yang bagaimana agaknya? Untuk pengetahuan anda, Okinawa adalah sebuah

The post Apa Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Okinawa Diet, Rahsia Hidup Lama Orang Jepun appeared first on Wanista.com.

]]>
Pernah dengar tentang Okinawa Diet? Diet yang bagaimana agaknya?

Untuk pengetahuan anda, Okinawa adalah sebuah pula yang terletak di Kepulauan Ryukyu, Jepun. Ia dikatakan sebagai kawasan dengan jangka hayat paling tinggi di dunia. Purata mangia hayat rakyat Malaysia ialah 75 tahun manakala Jepun ialah 84 tahun dan penduduk Okinawa berumur lebih 100 tahun adalah 5 kali ganda lebih banyak berbanding kawasan lain di Jepun.

Foto – Blue Zones

Berikutan jangka hayat yang tinggi, gaya hidup dan pemakanan masyarakat di pulau ini telah lama diperhatikan. Apa yang mereka makan, amalkan untuk hidup sihat sentiasa? Diet Okinawa mengambil perhatian terhadap semua makanan dan ramuan yang dimakan oleh masyarakat pulau itu. Bukan hanka jenis makanan, tetapi sikap dan disiplin yang dimiliki orang sana patut dipuji.

Apa Yang Mereka Makan?
Foto – Pinterest
  • Melebihkan makanan kaya dengan sahur-sayuran berwarna kuning, oren dan hijau.
  • Nasi yang menjadi makanan ruji masyarakat Jepun diganti dengan ubi keledek ungu.
  • Daging, produk tenusu dan makanan laut diambil dalam jumlah yang kecil.
  • Membanyakkan pengambilan soya dan kekacang.
  • Seluruh pemakanannya secara am adalah rendah gula dan gandum – penduduk Okinawa mengambil kurang 30% gula dan kurang 15% gandum berbanding penduduk Jepun yang lain.
Ungkapan Hara Hachi Bu
Foto – Health

Di samping diet tersebut, salah satu budaya penting yang diamalkan oleh penduduk pulau ini adalah untuk berhenti makan awal. Peribahasa hara hachi bu membawa maksud agar berhenti makan apabila perut sudah 80% penuh.

Tahukah kamu, mereka secara manta mengambil sebanyak 1,200 kalori sehari berbanding penduduk di negara lain yang kebiasaannya mengambil 2,000 kalori sehari. Walaupun jumlah kalori yang diambil adalah rendah, diet mereka dipenuhi dengan makanan berkhasiat serta bernutrisi tinggi. Sebab itu mereka masih boleh kekal sihat dan hidup lebih lama walaupun mengambil sedikit kalori.

Kalau anda nak tahu, Tun Mahathir juga mengamalkan cara Hara Hachi Bu, di mana berhenti makan apabila perut sudah kenyang. Walaupun agak susah, tapi jika disiplin nescaya hidup lebih sihat dan bermanfaat.

All The Best!

RUJUKAN : & 2

The post Apa Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Okinawa Diet, Rahsia Hidup Lama Orang Jepun appeared first on Wanista.com.

]]>
171644
Kajian Jelaskan Kenapa Kamu Perlu Bangga Ada Pipi Tembam https://www.wanista.com/2018/171605/kajian-jelaskan-kenapa-kamu-perlu-bangga-ada-pipi-tembam/ Tue, 18 Sep 2018 08:00:42 +0000 https://www.wanista.com/?p=171605 Sebagai generasi yang sangat menitik beratkan penjagaan kecantikan, ramai anak muda yanng berada dalam lingkungan

The post Kajian Jelaskan Kenapa Kamu Perlu Bangga Ada Pipi Tembam appeared first on Wanista.com.

]]>
Sebagai generasi yang sangat menitik beratkan penjagaan kecantikan, ramai anak muda yanng berada dalam lingkungan usia 20-an khususnya menganggap bentuk pipi dan rahang yang tirus adalah lebih menarik berbanding pipi yang bulat dan penuh -atau lebih dikenali dengan gelaran ‘tembam’.

Namun begitu, ramai sebenarnyayang tidak sedar bahawa penampilan dengan bentuk pipi penuh yang bulat sebenarnya memberi faedah kepada si pemiliknya. Menurut kajian, ini kelebihan berpipi tembam yang semua wanita harus banggakan!

#1 Nampak Muda 3 Kali Ganda!

Lazimnya, pipi yang tembam ini dianugerahkan menerusi genetik. Boleh jadi, keturunan kamu sememangnya berpipi bulat. Nah, cuba lihat ibu, ayah atau kedua nenek dan atauk kamu. Bukankah mereka terlihat jauh lebih muda dariapda usia asalnya kerana penampilan pipi tembam itu?

#2 Lambat Diserang Penuaan

Sekarang mungkin kamu rasa tak suka dengan penampilan pipi tembam, tapi bila wajah sudah semakin tua nanti, pipi tembamlah menjadi penyelamat untuk buat kamu terlihat muda tau! Apabila kamu memiliki bentuk pipi yang penuh, kedutan kurang terlihat berbanding apabila kamu memiliki pipi yang lebih tirus atau berahang tajam.

Sumber: Pinterest

Boleh bezakan wajah orang Asia dan orang barat. Orang Asia yang sudah berumur pasti kelihatan lebih manis berbanding individu berumur di barat kerana kebanyakan orang barat memiliki bentuk wajah panjang dan bersegi.

#3 Kata Lelaki, Wajah Bulat Lebih Feminin

Beberapa kajian rambang telah dilakukan terhadap lelaki dan rata-ratanya menyatakan bahawa, wanita yang memiliki pipi bulat lebih menarik, comel, bahkan, sangat feminin. 

#4 Mudah Didekati

Percaya atau tidak, individu yang memiliki bentuk pipi penuh lazimnya lebih mudah didekati kerana mereka terlihat ramah dan mesra. Ini kerana jika diikut pada logik akal, wajah yang memiliki pipi tembam akan kelihatan lebih lembut berbanding wajah yang berpipi tirus.

Walaupun kedua foto Selena Gomez dan Bella Hadid ini tidak mengukir senyuman, Selena dilihat lebih lembut kerana berpipi bulat manakala, Bella nampak seperti individu yang garang betul tak?

#5 Berupaya Menyimpan Emosi

Baik kamu sedang bersedih atau sedang dalam gelisah sekalipun, orang sukar mengenal pasti emosi negatif kamu kerana sememangnya memiliki pipi tembam ini buat wajah serta-merta nampak natural dan ceria sentiasa. Tak senyum pun nampak macam senyum! Kecuali kalau kamu berkerut lah… itu memang nampak sangat tengah moody.

#6 Orang Mudah Kenal

Jika kamu berpipi tembam, cukup skeali pandang orang akan terus ingat siapa kamu. Ini kerana mengikut pandangan sains, kita lebih mudah mengingati wajah seseorang apabila individu itu memiliki karakter atau struktur wajah babyface. Betul ke ni?

Sumber: Pinterest

Mulai dari saat ini, cuba tepuk dada dan tanya selera. Apakah berpipi tirus itu lebih menjadi pujaan hati kamu sedangkan berpipi bulat ternyata lebih comel dan kelihatan awet muda? ❤

RUJUKAN 1, 2

The post Kajian Jelaskan Kenapa Kamu Perlu Bangga Ada Pipi Tembam appeared first on Wanista.com.

]]>
171605
Sadis! Lihat Foto Persekitaran Disneyland Hong Kong Lepas Dilanda Taufan Mangkhut https://www.wanista.com/2018/171613/sadis-lihat-foto-persekitaran-disneyland-hong-kong-lepas-dilanda-taufan-mangkhut/ Tue, 18 Sep 2018 06:00:33 +0000 https://www.wanista.com/?p=171613 Ngeri. Selepas Tsunami, ribut taufan yang diberi nama Mangkhut ini adalah antara bencana alam paling

The post Sadis! Lihat Foto Persekitaran Disneyland Hong Kong Lepas Dilanda Taufan Mangkhut appeared first on Wanista.com.

]]>
Ngeri. Selepas Tsunami, ribut taufan yang diberi nama Mangkhut ini adalah antara bencana alam paling menakutkan pernah direkodkan dunia biarpun ia hanya melanda kawasan sekitar Hong Kong dan Macau, China.

Menurut laporan yang dikeluarkan, Filipina dan beberapa negara sampingan lain turut terjejas disebabkan taufan gergasi itu yang telah berlaku sejak 4 hari lalu.

Sebagai negara tumpuan pelancing, antara mercu yang paling terkesan dengan amukan ribut taufan itu adalah Disneyland.

Saksikan Video Detik-Detik Cemas Sewaktu Taufan Mangkhut

Menurut sebuah notis yang dimuat naik ke lama sesawang Disneyland Hong Kong, taman tema Disney itu akan dibuka semula pada hari ini, 18 September 2018 namun disebabkan keterjejasan dan beberapa kerosakan yang berlaku terhadap fasiliti taman tema, sebahagian tarikan seperti Pusat Tasik Rekreasi akan ditutup sehingga notis baru dikeluarkan.

Sumber: dsnynewscast.com

Untuk meleraikan persoalan di minda, ini beberapa keping foto sekitar Disneyland Hong Kong yang habis rosak dibadai Taufan Mangkhut.

Beberapa pengunjung dilihat meninggalkan lokasi Disneyland Hong Kong. Sumber: disneyandmore/blogspot

Taufan Mangkhut banyak menyumbang kerosakan serius kepada fasiliti disekitar Disneyland Hong Kong…

Sumber: disneyandmore/blogspot
Sumber: disneyandmore/blogspot

Pokok-pokok besar turut tumbang disebabkan angin taufan yang kuat…

Sumber: disneyandmore/blogspot
Sumber: disneyandmore/blogspot

Umpama kawasan tinggal yang sudah lama tidak dihuni…

Umpama kawasan tinggal yang sudah lama tidak dihuni.

Sejak semalam, sebanyak 2,000 penerbangan telah dijadualkan semula dan semuanya dijangka lancar dan kembali normal hari ini. Cuaca paling buruk berikutan Taufan Mangkhut adalah pada Ahad lalu apabila guruh, kilat dan angin kencang berlarutan sehingga 10 jam lamanya sehingga kesemua penerbangan terpaksa diberhentikan agar tiada kemalangan berlaku.

SUMBER 1, 2

The post Sadis! Lihat Foto Persekitaran Disneyland Hong Kong Lepas Dilanda Taufan Mangkhut appeared first on Wanista.com.

]]>
171613
Pakai Lip Tint Bibir Kering, Cuba Tips Aktres Bea Alonzo Buat Bibir Lembap https://www.wanista.com/2018/171609/pakai-lip-tint-bibir-kering-cuba-tips-aktres-bea-alonzo-buat-bibir-lembap/ Tue, 18 Sep 2018 04:23:41 +0000 https://www.wanista.com/?p=171609 Jika anda perasan selebriti korea lebih gemar memakai lip tint berbanding lipstick dan lip gloss,

The post Pakai Lip Tint Bibir Kering, Cuba Tips Aktres Bea Alonzo Buat Bibir Lembap appeared first on Wanista.com.

]]>
Jika anda perasan selebriti korea lebih gemar memakai lip tint berbanding lipstick dan lip gloss, kerana mereka sukakan gaya yang semulajadi.

Apa itu lip tint? Cecair dengan warna pekat disapu pada bibir untuk mencipta ilusi kemerah-merahan bibir seperti gaya semulajadi. Warna ia tahan lama, selesa dibibir namun hati-hati jika anda mempunyai bibir kering. Ia cepat kering dan menyebabkan bibir mengelupas.

Foto – Luxury Insider

Baca : Bibir Ala Gadis Korea! Ini Cara Betul Nak Pakai ‘Lip Tint’

Nak mengelakkan itu semua, aktres popular Filipina Bea Alonzo yang gemar memakai lip tint kerana kemas an semulajadi anda trik genius supaya lip tint kekal lembap seharian.

View this post on Instagram

Just ‘coz it’s FRIDAY ❤

A post shared by bea alonzo (@beaalonzo) on

Di sini, Bea menambahkan lip gloss ke atas lip tint. Ia memberikan pandangan yang lebih dimensi, bibir kelihatan bercahaya yang seksi. Untuk memberikan bibir anda lebih warna, pilih gloss rona nude. Tetapi jika anda bukan penggemar lip gloss, lapiskan sahaja dengan balsem bibir, ia juga dapat memberi kesan yang sama.

Mudahkan? Hanya lip tint, gloss dan balm sahaja nak mendapatkan gaya solekan Korea ini.

RUJUKAN

The post Pakai Lip Tint Bibir Kering, Cuba Tips Aktres Bea Alonzo Buat Bibir Lembap appeared first on Wanista.com.

]]>
171609
Badan Penuh Lebam Dan Bisul, Bintang K-Pop Kongsi Foto Didera Teman Lelaki https://www.wanista.com/2018/171583/badan-penuh-lebam-dan-bisul-bintang-k-pop-kongsi-foto-didera-teman-lelaki/ Tue, 18 Sep 2018 01:35:09 +0000 https://www.wanista.com/?p=171583 Dunia K-Pop digemparkan dengan berita Idol Hara, bekas anggota kumpula Kara teruk menjadi mangsa penderaan

The post Badan Penuh Lebam Dan Bisul, Bintang K-Pop Kongsi Foto Didera Teman Lelaki appeared first on Wanista.com.

]]>
Dunia K-Pop digemparkan dengan berita Idol Hara, bekas anggota kumpula Kara teruk menjadi mangsa penderaan fizikal teman lelakinya.

Tidak berdiam diri, Hara bertindak mendedahkan gambar dirinya didera. Dalam gambar yang dikeluarkan oleh media Dispatch, wanita 27 tahun itu dilihat dengan lebam penuh di seluruh tubuhnya.

Foto – Dispatch

Hara juga berkongsi diagnosis perubatan daripada pakar obstetrik dan ahli ortopedik. Menurut pakar obstetriknya, Hara mengalami pendarahan di rahim dan vagina berikutan serangan yang dikatakan itu, yang memerlukan masa seminggu untuk proses penyembuhan.

Foto – Dispatch

Teman lelaki Hara, seorang hairstylist, mendakwa bahawa dia menyerang Hara 13 September, hanya selepas tengah malam. Dalam kenyataannya kepada polis Korea, berkata bahawa Hara menjadi ganas apabila dia cuba untuk berpisah dengannya.

“Saya mahu memutuskan hubungan kerana berbeza personaliti. Dakwaannya bahawa ia adalah keganasan dua pihak tidak benar, ” kata lelaki berusia 27 tahun itu.

Foto – Allkpop

“Saya tidak pernah mencederakan seseorang sepanjang hidup saya. Apa lagi, saya tidak pernah berbuat demikian kepada seorang wanita. Jika Goo Hara benar-benar mempunyai lebam, maka itu kerana terdapat hubungan fizikal apabila saya cuba menenangkannya ketika dia memukul dan mengamuk dengan saya. Ia tidak disebabkan oleh penumbuk saya atau keganasan lain. Saya bersumpah, ” jelasnya.

RUJUKAN

The post Badan Penuh Lebam Dan Bisul, Bintang K-Pop Kongsi Foto Didera Teman Lelaki appeared first on Wanista.com.

]]>
171583
Kaca Mata SAFILO Bantu Ubah Gaya Jadi Sofistikated https://www.wanista.com/2018/171580/kaca-mata-safilo-bantu-ubah-gaya-jadi-sofistikated/ Tue, 18 Sep 2018 01:21:35 +0000 https://www.wanista.com/?p=171580 Jenama pengeluar kaca mata ulung baru-baru ini mengumumkan pelancaran rekaan bingkai kaca mata paling terkini

The post Kaca Mata SAFILO Bantu Ubah Gaya Jadi Sofistikated appeared first on Wanista.com.

]]>
Jenama pengeluar kaca mata ulung baru-baru ini mengumumkan pelancaran rekaan bingkai kaca mata paling terkini untuk lelaki dan wanita yang diperbuat daripada material berkualiti setanding kaedah pertukangan yang hebat -boleh dilihat menerusi perincian serta jenis material yang digunakan bagi setiap rekaan.

Foto -Safilo

Koleksi optikal SAFILO untuk lelaki dan wanita mengetengahkan penggunaan engsel titanium yang disertai dwi-spring -dihasilkan menerusi evolusi kepakaran unik serta kemahiran teknikal yang pernah dimanfaatkan sekitar 1878 dahulu.

Foto -Safilo

Bukan itu sahaja, rekaannya yang banyak menggunakan rekaan bingkai lensa berperician melengkung juga berupaya menerapkan elemen fesyen klasik, bisa digayakan sebagai aksesori harian versatile baik untuk lelaki mahupun wanita fashionista sekalian.

Foto -Safilo

Untuk lelaki perkasa, wajah yang memiliki potongan rahang yang nyata lebih gah andai bingkai yang turut memiliki potongna bingkai lensa yang sedikit melengkung untuk menyerlahkan aura retro atau boleh juga memberanikan diri dengan penggayaang bingkai kaca mata bersegi untuk ketengahkan jiwa maskulin.

Foto -Safilo
Foto -Safilo

Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.safilo.com]

The post Kaca Mata SAFILO Bantu Ubah Gaya Jadi Sofistikated appeared first on Wanista.com.

]]>
171580
10 Kelainan Sunway Lagoon Nights of Fright 6 + Wanista Beri 20 Pasang Tiket https://www.wanista.com/2018/171352/10-kelainan-sunway-lagoon-nights-of-fright-6-wanista-beri-20-pasang-tiket/ Mon, 17 Sep 2018 08:00:22 +0000 https://www.wanista.com/?p=171352 Halloween tiba lagi! Sunway Lagoon sekali lagi mengadakan upacara terbesar paling seram “Nights of Fright”

The post 10 Kelainan Sunway Lagoon Nights of Fright 6 + Wanista Beri 20 Pasang Tiket appeared first on Wanista.com.

]]>
Halloween tiba lagi!

Sunway Lagoon sekali lagi mengadakan upacara terbesar paling seram “Nights of Fright” dan kali ini sudah memasuki musim keenam. Bermula 28 September hingga 31 Oktober 2018, Sunway Lagoon membawakan lapan rumah hantu, empat zon menakutkan dan pelbagai aktiviti untuk memberikan pengalaman yang lebih ngeri yang tiada di tempat lain.

Cabar adrenalin anda di Nights of Fright 6

Wendigo – The Legend in the Mist – Tempat mitos dan raksasa, dipenuhi dengan semangat kanibal yang memakan manusia.

Phobia: Coulrophobia – The Fear of Clowns – Rumah yang dipenuhi dengan badut. Ramai yang mengatakan bahawa badut sepatutnya membuatkan anda ketawa tapi ternyata badut ngeri dan kejam.

Slaughterhouse 13 – Melawat rumah penyembelihan Chan yang telah lama ditutup dan ditinggalkan selepas seorang pekerja, Lee Lee Choong menemui badan yang tergantung di dalam peti ais Slaughterhouse 13.

Slaughterhouse 13. Foto – Arkib Wanista

Zombie Zoo – Masuk ke dalam dunia zoo yang dipenuhi haiwan yang menakutkan.

Scarytales Theater – Duduk dengan senyap dan mendengar kisah-kisah Pontianak, Toyol dan Pocong, dengan suara yang mengelilingi anda, kerana mereka akan tinggal bersama anda sepanjang malam.

Ghostbusters – Hantu-hantu moden yang menghuni bandar New York dan diserikan lagi dengan permainan lampu.

Horrorwood Studios Wax Museum of Monsters – Datanglah melawat ke rumah lilin yang dipenuhi dengan watak-watak filem seram paling menakutkan sepanjang zaman seperti Jason, Freddy, Billy dan Michael Myers serta banyak lagi.

Phobia: Coulrophobia – The Fear of Clowns. Foto – Arkib Wanista

Ghost Face – The Face To Make You Scream in UV3D – Siapa sangka mimpi ngeri anda yang paling teruk datang menghuni hidup anda di dalam rumah hantu ini.

Jampi – Apabila anda memasuki kawasan Jampi, anda akan bertemu dengan Salem Witch, Malay Dukun, Indian Witch dan Chinese Witch yang sedang menyanyikan mantra dan melakukan ritual.

Enclave of Torture – Di mana memberikan gambaran yang paling dekat dengan dunia pembunuhan kejam.

Tiket dan Masa Nights of Fright 6 (NOF 6)

Dibuka: Bermula 28 September – 31 Oktober 2018 dari jam 7:30 malam hingga 11:30 malam.

Tiket: Express Lane combo yang berharga RM114 (dari 16 September 2018 dan seterusnya), RM69 (harga normal).

Foto – Arkib Wanista

Anda teruja nak turut serta dalam festival ini? Wanista nak beri 20 pasang tiket ke festival Nights of Fright 6 kepada semua pembaca.

Berikan alasan paling kreatif kenapa anda ingin memenangi tiket ke Nights of Fright 6?

Syarat Pernyataan

1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom

2. Jawapan boleh dihantar ke alamat emel submit@wanista.com dengan tajuk ‘Sunway Lagoon Nights of Fright 6′.

3. Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit.

4. Peraduan ini hanya sah dari 17 hingga 28 September 2018.

5. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan. Kami akan memilih pemenang yang memberi jawapan paling tepat.

6. Keputusan hakim adalah muktamad.

Foto – Arkib Wanista

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-5639 0000 atau layari www.sunwaylagoon.com atau Facebook Sunway Lagoon Malaysia.

Semoga Berjaya!

The post 10 Kelainan Sunway Lagoon Nights of Fright 6 + Wanista Beri 20 Pasang Tiket appeared first on Wanista.com.

]]>
171352
Terkini! Penemuan Keburukan Minum Teh Cendawan Mekah https://www.wanista.com/2018/171555/terkini-penemuan-keburukan-minum-teh-cendawan-mekah/ Sun, 16 Sep 2018 07:00:34 +0000 https://www.wanista.com/?p=171555 Sejak beberapa tahun ini ramai pula orang menjaja cerita tentang kebaikan pengambilan cendawan mekah sebagai

The post Terkini! Penemuan Keburukan Minum Teh Cendawan Mekah appeared first on Wanista.com.

]]>
Sejak beberapa tahun ini ramai pula orang menjaja cerita tentang kebaikan pengambilan cendawan mekah sebagai minuman sihat. Dalam bahasa Inggerisnya digelar Kombucha, ramai individu pengamalkan minuman ini sebagai minuman sihatyang tidak kurangnya bisa membantu menjaga kecantikan luar dan dalam disebabkan kandungan antioksidannya.

Namun, apa yang ramai tidak tahu, ia juga memiliki keburukan tersendiri yang bisa menyerang manusia secara halus. Apakah impak negatifnya? Ikuti penjelasan Wanista

Apa Itu Teh Kombucha?

Teh kombucha adalah teh hasil fermentasi larutan teh dengan gula yang kemudian ditambahkan starter mikrob, iaitu bakteri Acetobacter xylinum dan beberapa ragi jenis Saccharomyces cerevisiae, Zygosaccharomyces bailii, dan  Candida sp. Akibat proses fermentasi yang terjadi, teh kombucha mengandung pelbagai zat seperti asam asetat, folat, asam amino esensial, vitamin B, vitamin C, dan alkohol.

Banyak yang menyebut teh kombucha sebagai teh cendawan mekah kerena teh yang dibiarkan ‘berjemur’ dulu dalam proses pembuatannya. Waktu yang diperlukan untuk fermentasi teh ini adalah sekitar 8 hingga 12 hari pada suhu 18 hingga 2 darjah celcius, namun pada lingkungan yang suhunya lebih tinggi, maka fermentasi akan berkerja lebih cepat. Tempoh fermentasi akan mempengaruhi kualiti fizikal, kandungan, dan rasa teh. Dalam teh kombucha 400ml mengandungi jumlah tenaga sebanyak 60 kalori.

Manfaat Minum Teh Kombucha

Banyak pendapat mengatakan teh kombucha memiliki banyak manfaat, seperti untuk pencernaan, menurunkan risiko arterosklerosis, dan membantu mengeluarkan racun dari tubuh. Sebahagian besar manfaat teh kombucha didapati dari hasil penelitian yang dilakukan pada binatang. Dari penelitian yang dilakukan pada binatang, terlihat bahawa teh kombucha memiliki pelbagai faedah bagi kesihatan -sebagai antioksidan, antibakteri, memperbaiki mikroflora usus, dan dapat meningkatkan ketahanan tubuh serta menurunkan tekanan darah.

Sumber: thisisinsider.com

Selain penelitian yang dilakukan pada binatang, beberapa kelompok yang mengonsumsi kombucha secara rutin mengaku bahawa teh kombucha memiliki impak baik untuk kesehatan, seperti dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh, mencegah kanker, dan meningkatkan fungsi sistem pencernaan dan hati. Teh kombucha juga memiliki kandungan bakteri probiotik, yang merupakan bakteri baik untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Namun, untuk mempertahankan fungsi bakteri probiotik, maka teh kombucha seharusnya melalui proses pasteurisasi atau proses pemanasan untuk menghilangkan bakteri-bakteri jahat lainnya.

Impak Negatif Mengamal Minuman Teh Kombucha

Walaupun ramai mengatakan teh kombucha baik untuk kesihatan, sisi sebaliknya yang ditemui pakar menyatakan bahawa teh ini mampu menimbulkan impak kurang baik untuk tubuh seperti sakit perut setelah meminumnya, infeksi, dan alergi. Bakteri yang ada di dalam teh kombucha dapat menyebabkan infeksi pada orang yang ketahanan tubuhnya rendah. Ia juga menimbulkan sakit perut, infeksi akibat bakteri yang ada di teh kombucha, alergi, permukaan kulit menguning, mual, muntah, sakit kepala.

Pernah muncul laporan bahwa di Iran terdapat 20 orang yang terkena penyakit Anthrax akibat minum teh kombucha. Bahkan pada tahun 199, Center for Disease Control mengeluarkan kenyataan bahawa teh kombucha merupakan penyebab dari asidosis metabolik yang terjadi pada kelompok wanita tersebut. Asidosis metabolik merupakan keadaan di mana darah terlalu banyak mengandung asam, kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak mengandungi asam, seperti teh kombucha.

Sumber: wanista.com

Selain itu, penggunaan teh kombucha harus diperhatikan dan diawasi untuk penderita penyakit tertentu, seperti penderita diabetes, alkoholism, dan sindrom iritasi usus. Pada penderita diabetes, meminum teh kombucha bisa mempengaruhi gula darah, hingga menyebabkan penurunan kadar gula darah dalam tubuh (hipoglikemia). Teh ini juga tidak sesuai diminum orang yang sedang mengalami cirit serta penderita Irritable Bowel Syndrome, kerana teh ini mengandung kafein yang tinggi dan hal ini dapat memburukan penyakit yang ada.

Bagaimana Hendak Meminum Teh Kombucha Secara Selamat?

Walaupun ada yang membuktikan manfaat teh kombucha bagi tubuh, namun kebersihan serta kualiti teh harus dijaga agar tidak menimbulkan impak buruk, seperti keracunan atau infeksi akibat bakteri. Sebaiknya, teh kombucha perlu melalui proses pasteurisasi atau pemanasan untuk membunuh bakteri jahat yang terkandung di dalamnya. Selain itu, memang masih diperlukan penelitian ilmiah yang lebih lanjut untuk membuktikan manfaat pengambilan teh kombucha.

Semoga bermanfaat untuk semua! ❤

RUJUKAN

The post Terkini! Penemuan Keburukan Minum Teh Cendawan Mekah appeared first on Wanista.com.

]]>
171555
Wanista Guna, 5 Syampu Paling Terbaik Untuk Rambut Berwarna https://www.wanista.com/2018/171537/wanista-guna-5-syampu-paling-terbaik-untuk-rambut-berwarna/ Sun, 16 Sep 2018 06:16:55 +0000 https://www.wanista.com/?p=171537 Adakah kamu jenis yang suka mewarnakan rambut setiap musim, setiap bulan? Ataupun sekadar hobi kerana

The post Wanista Guna, 5 Syampu Paling Terbaik Untuk Rambut Berwarna appeared first on Wanista.com.

]]>
Adakah kamu jenis yang suka mewarnakan rambut setiap musim, setiap bulan? Ataupun sekadar hobi kerana bosan dengan warna semulajadi pada rambut?

Foto – Giphy

Orang kata mewarnai rambut mampu mengubah penampilan agar kelihatan lebih segar, cantik, mempesona malahan lebih vogue. Lihat sahaja k-pop idol yang kerap mewarnakan rambut mereka setiap kali comeback, cukup membuatkan kita terpegun. Mewarnakan rambut memang best, cuma yang menyampahkan cara penjagaannya. Jika kerap warna mulalah scalp jadi lemah sehingga rambut mulai gugur dan rosak. Selain ke salon untuk rawatan, 5 syampu berikut adalah yang terbaik untuk rambut berwarna yang boleh anda gunakan untuk membaiki rambut dari kulit kepala.

Moist Diane Extra Damage Repair
Foto – Watsons

Diperkaya dengan Minyak Argan Organik yang diimport asli dari bumi Morocco, formulasi itu dipercayai mampu merangsang keratin rambut (akar umbi) dari dalam lapisan kulit kepala supaya mampu membaik pulih secara efektif keadaan rambut, khususnya untuk wanita Asia yang seing terdedah kepada cuaca yang tidak menentu.

Baca seleksi produk syampu Moist Diane yang memang berkualiti – Nikmat Penjagaan Rambut Bak Salon Mahal Di Jepun Kalau Guna Syampu Harga RM31 Ni

Botanist Botanical Shampoo
Foto – Sephora Malaysia

Dikenali dengan pelbagai jenis rawatan syampu, Botanist mengandungi lebih daripada 90% ramuan tumbuhan semulajadi dan air. Bahan-bahan semulajadi yang dipilih membantu mengekalkan kelembutan rambut sambil mengekalkan kulit kepala yang sihat dan segar. Semua produk Botanist bebas silikon dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kelemumur, kulit kepala kering, kegatalan dan kerengsaan kulit kepala serta yang berwarna.

Ouai Repair Shampoo
Foto – Sephora Australia

Rambut kelihatan kering, rapuh dan mudah rosak selepas kerja mewarnai rambut? Pilih saja Ouai Repair yang berjanji untuk menguatkan helaian, menjadikan rambut lebih kuat bahkan berkilau selepas digunakan. Ia juga selamat untuk rambut berwarna malah mengekalkan dalam tempoh yang lama.

OGx Renewing Argan Oil Of Morocco Shampoo
Foto – Hairven

Rawat rambut kering dan rosak dengan OGx Renewing Argan Oil Of Morocco. Diperkayakan dengan formula minyak argan, OGx membantu memulihkan dan menguatkan kulit kepala untuk mengembalikan kelembutan bak studera. Ia akan membantu melindungi rambut anda dari pelbagai gaya, tanpa sebarang sulfat atau paraben.

LUX Luminique Goji Berry Moist Shampoo And Treatment
Foto – 11street

Mengandungi benahm bahan pelembap keseluruhan, LUX Luminique Goji Berry Moist Shampoo And Treatment menjanjikain untuk menghidupkan semula kulit kepala yang kering, rosak, sambil mengimbangi tahap kelembapan kulit kepala anda dan mengekalkannya pada paras yang optimum.

Jadi selepas ini tiada lagi masalah rambut rosak walau kerap warna. 

Selamat Beramal!

The post Wanista Guna, 5 Syampu Paling Terbaik Untuk Rambut Berwarna appeared first on Wanista.com.

]]>
171537
Menurut Wedding Planner, Ini Waktu Paling Tepat Edarkan Kad Undangan https://www.wanista.com/2018/171517/menurut-wedding-planner-ini-waktu-paling-tepat-edarkan-kad-undangan/ Sat, 15 Sep 2018 07:00:29 +0000 https://www.wanista.com/?p=171517 Kamu dah ada tarikh kahwin tapi tak tahu bila masa yang sesuai membahagikan serta mengedarkan

The post Menurut Wedding Planner, Ini Waktu Paling Tepat Edarkan Kad Undangan appeared first on Wanista.com.

]]>
Kamu dah ada tarikh kahwin tapi tak tahu bila masa yang sesuai membahagikan serta mengedarkan kad kahwin kepada tetamu undangan? Nah, proses mengedarkan kad kahwin boleh menjadi sesuatu yang kelam-kabut jika tidak dirancang dengan sebaiknya. Ini tips yang boleh Wanista kongsikan bersama kamu wahai bakal-bakal pengantin yang dikasihi.

ENAM BULAN SEBELUM KAHWIN

Setahun hingga enam bulan sebelum tarikh resepsi adalah waktu paling tepat untuk kamu pergi menempah kad perkahwinan. Ini kerana syarikat yang mencetak kad kahwin biasanya memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk siap mencetak kad kahwin yang berjumlah 300 hingga 500 keping.

Jadi, jangan asyik menangguh masa untuk menempah kad kahwin. Ini bagi memastikan tiada kesalahan yang dilakukan pihak pencetak. Adalah menjadi tanggungjawab bakal pengantin juga menyemak kembali draft kad kahwin yang disedikan pihak pereka kad kahwin. Pastikan setiap ejaan betul, struktur peta tepat serta tarikh dan masa tentatif tersusun secara sempurna. jika sudah terlanjur kad kamu dicetak dengan ejaan yang salah atau peta yang tidak tepat. Ini bakal memberi kerugian buat kamu kerana bukan murah kos menempah kad kahwin.

Sumber: Pinterest

SEBULAN SEBELUM MAJLIS

Mula edarkan kad kahwin kepada saudara-mara dan kenalan rapat sebulan sebelum majlis pernikahan atau resepsi. Waktu ini paling sesuai untuk menghantar kad kahwin kepada saudara dan kenalan kamu yang berada di luar kota. Contoh: Mereka yang tinggal di luar kota atau luar negara.

SEBULAN HINGGA DUA MINGGU SEBELUM MAJLIS

Mula edarkan kad kahwin kepada saudara-mara dan kenalan lain yang tinggal berhampiran kamu sebulan atau dua minggu sebelum kahwin. Contoh: Kenalan di pejabat dll.

Jangan terlalu cepat memberi undangan kepada mereka kerana takut mereka terlupa tarikh resepsi kamu seterusnya tidak hadir nanti. Tempoh dua minggu sebelum majlis itu adalah paling sesuai dan sekurang-kurangnya mereka boleh merancang dan menyusun jadual mereka awal-awal.

Walaupun ramai bakal pengantin tidak mengambil berat tentang proses pembahagian undangan ini, ia sebenarnya penting agar majlis berjalan dengan lancar.

Selamat beramal! ❤

RUJUKAN 

The post Menurut Wedding Planner, Ini Waktu Paling Tepat Edarkan Kad Undangan appeared first on Wanista.com.

]]>
171517