Cinta & PerhubunganFesyenTips - Fesyen

[Edisi Perkahwinan] Inspirasi Tiara Perkahwinan Diraja Dan Selebriti Untuk Bakal Pengantin

Jika kita lihat kini tidak ramai pengantin menambah aksesori kepala seperti tiara lagi. Ini kerana ramai pengantin mahu kekal penampilan yang sederhana dan ringkas. Kalau kita kembali semula zaman 90 an sehingga awal 2000, pelbagai rekaan dan bentuk tiara dibawa oleh pengantin. 

Sinonim dengan panggilan raja sehari, bagi Wanista si pengantin layak mengenakan tiara. Tapi biarlah ia sesuai dengan tema majlis dan juga busana pengantin anda, takut kelihatan sarat pula. Wanista senaraikan beberapa rekaan tiara yang diinspirasikan dari perkahwinan diraja dan selebriti untuk dijadikan tatapan pembaca. 

1) Puteri Mahkota Sarah Salleh, Perkahwinan Diraja Brunei (2004)

Tiara bersaiz sederhana juga mempunyai perincian ringkas. Bentuk ukiran bunga yang sama cuma bentuk bertingkat tidak kelihatan membosankan. Terletak cantik jika anda sudah memberi dandan berat pada rambut atau hijab. 

4cd8a8b0e04a4bd2c3795f7c747699ac-horz
Foto – arkib Wanista.com

2) Amyra Rosli, Perkahwinan Selebriti Malaysia (2016) 

Pengantin muda ini juga bijak memilih tiara serba ringkas dengan perincian berlian halus. Rekaan seperti ini cukup tradisional dengan perkahwinan orang Melayu. Apa yang boleh Wanista ulas lagi, ini pilihan yang selamat untuk anda. 

amar-10-horz
Foto – arkib Wanista.com

3) Kate Middleton, Perkahwinan Diraja Britain (2011) 

Perkahwinan tumpuan dunia ini sehingga kini disebut-sebut. Dari atas hingga kebawah penampilan Kate disaksikan berjuta-juta mata penonton. Walaupun ia diangkat sebagai perkahwinan diraja, Kate kekal ringkas dan anggun. Lihatlah tiara yang dipakai oleh si puteri ini, kecil dan tidak keterlaluan tapi tetap menonjolkan seri pengantinnya. 

dc6fd769114d7d239229e8a75b7a0adc-horz
Foto – arkib Wanista.com

3) Dato’ Siti Nurhaliza, Perkahwinan Selebriti Malaysia (2006)

Wanista percaya pasti ramai masih lagi mengimbau perkahwinan penyanyi nombor satu Malaysia ini. Buat pertama kali perkahwinan selebriti yang ditayangkan secara langsung dikaca televisyen. Datuk Siti juga mengenakan pelbagai busana menarik yang berharga ribuan ringgit, begitu juga dengan tiaranya. Bersesuaian dengan tema ‘kisah dogeng’ pilihan tiara yang dipakai oleh beliau berperincinkan ala ratu dan mempunyai batu permata berwarna. 

fc72defbadf46829036cf507cdff333e-horz
Foto – arkib Wanista.com

BACA: (INSPIRASI PERKAHWINAN) GAUN PENGANTIN IKONIK SEPANJANG ZAMAN

4) Permaisuri Letizia Ortiz, Perkahwinan Diraja Sepanyol (2004) 

Tampak sedikit berbeza dari rekaan tiara-tiara yang lain, Permaisuri Letizia membawakan gaya tiara yang agak ‘serius’ dan berukir geometri. Namun, pada Wanista ia tetap cantik dan anggun pada si pemakai. Untuk anda yang mencari sesuatu yang baru, mungkin ini patut ada dalam senarai.  

prusia-48-horz
Foto – arkib Wanista.com

5) Rozita Che Wan, Perkahwinan Selebriti Malaysia (2013)

Siapa yang betul-betul berani dan yakin sahaja boleh membawa rekaan tiara besar ini. Jika diperhatikan rekaan seperti banyak dicipta untuk pertandingan ratu cantik. Tak sangka pula Rozita memakainya dengan gah dan cukup sesuai dengan dirinya. Kalau anda suka dengan tiara seperti Rozita, boleh ambil inspirasi dari si jelita ini! 

rozita-che-wan-dan-zain-saidin1-horz
Foto – arkib Wanista.com

6) Puteri Mahkota Masako, Perkahwinan Diraja Jepun (1993)

Ketika zaman 90-an, rekaan tiara seperti Puteri Masako cukup terkenal dengan ukiran sarat bertatahkan batu berlian. Jika anda meniru gaya ini, nasihat Wanista elakkan memakai aksesori anting-anting atau rantai yang besar. Biar cukup tiara besar anda itu sahaja menjadi perhatian si tetamu. 

crown-princess-masako-of-japan-horz
Foto – arkib Wanista.com

7) Catherine Zeta Jones, Perkahwinan Selebriti Hollywood (2000) 

Buat bakal pengantin tidak berhijab dan menginginkan gaya sanggul nanti, nah cuba ikut gaya si seksi Catherine. Pilih tiara yang boleh dilekap pada sanggul rambut anda, sekali gus memberi efek anggun dan mewah. Rekaan ringkas dengan batu pertama yang besar sudah memadai. Tak perlu berlebih.

catherine-zeta-jones
Foto – arkib Wanista.com

BACA: (EDISI PERKAHWINAN) KENALI 10 VARIASI BENTUK POTONGAN PERMATA CINCIN SEMPURNA

8) Puteri Sofia Hellqvist, Perkahwinan Diraja Sweden (2015)

Bosan dengan tiara berwarna putih sahaja, tambahkan seri seperti tiara milik Puteri Sofia, memilih permata hijau zamrud sebagai pelengkap gaya pengantin beliau. Bagi yang takut-takut nak mencuba, Wanista beri anda pilihan sama ada gayakan dengan busana berwarna krim atau sedondon hijau zamrud. Serius cantik sangat! 

sofia-hellqvist3-horz
Foto – arkib Wanista.com
Previous post

Peminat Kucing? Anda Wajib Follow 8 Instagram Si Meow Ini

Next post

Sedihnya! Nenek Tak Boleh Terima Cucu Hodoh

The Author

Izzah Azizah

Izzah Azizah

tulis dan baca