Cinta & PerhubunganFesyenTips - Fesyen

[Edisi Perkahwinan] 6 Tips Ketika Memilih Kasut Pengantin Untuk Hari Bahagia Anda

Apa yang paling penting ketika majlis perkahwinan nanti bagi Wanista ialah keselesaaan! Bayangkan anda akan berada di situasi menjadi perhatian orang ramai. Pastilah anda mahu kelihatan cantik, segar dan bonusnya yakin. Dari mana datangnya keyakinan itu? Dari langkah kaki yang dibawa lah.

Jadi amat lah wajib anda menitikberatkan pemilihan kasut untuk majlis anda nanti. Ini kerana ia akan menjadi ‘sahabat karib’ anda tidak kira pada upacara menepung tawar, potong kek, sesi fotografi dan bertemu tetamu. 

Sudah lah memilih kasut harian pun menjadi isu, ini kan pula untuk hari penting nanti. Jadi Wanista ringkaskan 6 tips berguna kepada anda untuk memilih kasut pengantin:- 

Foto - TheGloss
Foto – TheGloss

Tepati ukuran kaki dan saiz kasut – Jangan buat gila pula, memakai kasut yang salah saiz. Memakai kasut yang ketat dan terlalu besar merupakan idea yang sangat buruk. Selain itu, anda juga perlu mengukur ketinggian kasut bersesuaian dengan labuh busana pengantin.

Kena dengan tema majlis – Jika anda mempunyai tema seperti perkahwinan didalam taman, jadi pilihan yang sesuai ialah flats atau wedges. Elakkan memakai kasut bertumit halus, nanti habis tenggelam dalam tanah. 

Praktis berjalan dengannya – Jangan selepas membeli, anda biar kasut itu terperap didalam kotak gara-gara sayang hendak digunakan. Ambil peluang beberapa minggu sebelum majlis, anda praktis berjalan dengannya. Biar anda sudah terbiasa dan selesa bersama sepatu indah itu! 

BACA: INSPIRASI TIARA PERKAHWINAN DIRAJA DAN SELEBRITI UNTUK BAKAL PENGANTIN

Foto - Pinterest.com
Foto – Pinterest.com

Tidak membazir – Apa yang dimaksudkan tidak membazir ini ialah, kasut pengantin anda itu juga boleh disarung selepas majlis perkahwinan. Mana tahu anda perlu ke acara-acara besar, jadi kasut pengantin anda itu boleh diguna semula. Multitasking shoes! 

Pilih kasut yang buat anda rasa istimewa – Anda percaya tak kepada keajaiban? Bila anda menyarung kasut tersebut anda berasa istimewa dan ia memang sesuai untuk anda. 

Buat rawatan kaki – Segalanya-galanya tentang kasut tapi jangan lupa manjakan juga kaki anda. Buat rawatan kaki dan yang mustahak sekali ialah kuku kaki anda. Maklum lah jadi pengantin ini kena cantik dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. 

BACA: 5 RESTORAN UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI LOKASI MAJLIS PERKAHWINAN 

Rujukan

Previous post

Temu Bual Eksklusif: FIZIWOO Bijak Guna Ilham Dari Ais Krim Untuk Hasilkan 'Magis'

Next post

Wanita Cuba Seludup Teman Lelaki Dalam Beg Pakaian

The Author

Izzah Azizah

Izzah Azizah

tulis dan baca