AkzoNobel, syarikat peneraju dalam industri cat, penyaduran dan pengeluar cat jenama Dulux hari ini mengumumkan pelancaran ramalan trend tahunan, ColourFutures yang menggambarkan gaya warna utama untuk tahun akan datang dan ramalan mengenai Colour of the Year di Wisma REHDA.
Tema utama untuk tahun depan ini mengajak anda menghargai perkara-perkara kecil yang menjadikan kehidupan anda bermakna, dengan melihat setiap perkara ini dari perspektif yang berbeza. Kita kini lebih memahami kepentingan untuk menikmati pengalaman hidup yang sebenar jadi kita perlu menghayati semua aspek dalam kehidupan seharian dengan melihatnya dari sudut berbeza.
Bagi melengkapkan pilihan Warna Tahunan, AkzoNobel telah menghasilkan palet warna menampilkan spektrum tona kebiruan-mewujudkan cara terkini dalam menggabungkan warna. Keseimbangan kombinasi antara tona biru gelap dan muda mampu mengubah suasana di dalam sesebuah bilik atau ruang. Denim Drift digabungkan dengan beberapa warna yang lebih gelap ia memberi kesan dramatik kepada ruang tersebut. Warna ini boleh diolah dengan pelbagai cara dan gaya.
- Jiwa Tersendiri: Saat dunia bersemangat dan lantang bersuara mengenai isu-isu berkaitan alam sekitar, topik ini menyusup cara kehidupan dengan kemampanan dan tanggungjawab pemikiran kita. Walaupun kita hidup dalam dunia urban dikelilingi teknologi digital, kita semua sentiasa bersatu dengan alam yang bergabung dengan eleman kerohanian, demi memastikan anda mempunyai minda dan jiwa yang sihat.
- Jalinan Individu: Perubahan dalam konteks sosial, demografi dan kepesatan pembangunan masa kini, mampu meningkatkan kepentingan bagi setiap individu untuk mempunyai semangat komuniti yang semakin relevan. AkzoNobel telah mengkaji cara di mana setiap individu berinteraksi sesama sendiri untuk mewujudkan satu rangkaian jaringan kekeluargaan atau komuniti masyarakat yang lebih luas dalam perkongsian idea pemikiran.
- Bekerja di Rumah: Sempadan antara kehidupan kerjaya dan peribadi kini semakin berkecamuk dan kita mula mencari keseimbangan hidup dan bekerja yang mana kini rumah telah menjadi pejabat manakala pejabat menjadi nyawa kita seharian. AkzoNobel telah mengilhamkan satu palet warna untuk membantu anda membuat zon yang berbeza di kediaman anda antara zon peribadi dan kerja.
- Kemewahan Tersendiri: Gaya ini mencerminkan cara kehidupan terkini: dimana nilai diletakkan di atas pengalaman dan bukannya harta benda. Mencipta kenangan yang tiada tandingan nilai harganya adalah keutamaan yang mana kami melihat dunia dengan pandangan bermakna. Pemilihan yang bijak mampu mengurangkan pembelian tetapi mampu diperkayakan dengan barangan dan sentuhan yang mempunyai elemen mewah dan seni halusnya mampu mewujudkan gaya ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai Colour Futures, sila layari www.colourfutures.com.