Setelah senyap selama sedekad, pelakon Jewel in the Palace, Lee Young-ae kini kembali memegang watak utama dalam drama siri Saimdang, drama Korea terbaru di Oh!K.
Sinopsis Saimdang
Saimdang mengisahkan kisah cinta yang berkisar kepada kehidupan tokoh bersejarah Korea – Shin Saimdang. Saimdang yang berlatar masa era zaman Joseon dan zaman mutakhir menyusuri kisah fakta dan fiksyen. Ia mendedahkan kehidupan seorang wanita Korea abad ke-16. Dengan pengiktirafan yang cukup menarik, Lee Young-ae memegang watak sebagai wanita berkenaan (Shin Saimdang) dan watak moden era terkini sebagai – Seo Jiyun, seorang pensyarah sambilan di sebuah universiti. Kisah drama bermula dengan Seo Jiyun menemui senaskhah diari milik Shin Saimdang di Itali, dan berkembang dengan usahanya ingin membongkar misteri sebuah lukisan yang dijumpai di dalam diari tersebut.
Bukan itu sahaja, selain Lee Young-ae, pelakon Song Seung-heon yang terkenal menerusi drama Autumn in My Heart turut serta sebagai tunjang utama drama bersejarah ini. Selepas berehat selama tiga tahun, beliau kembali berlakon untuk tempoh jangka masa pertama siri drama ini dan akan memegang watak Lee Gyeom, iaitu pasangan cinta Shin Saimdang.
Adakah anda teruja? Jadi, pastikan anda menonton tayangan sulung episod berganda Saimdang, yang siarannya serentak dengan waktu siaran di Korea pada 26 Januari 2017 pada jam 9 malam eksklusif di Oh!K. Episod baru akan disiarkan setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam.