Baiklah melamar teman wanita dengan cara melutut, menghulurkan cincin dan bertanya soalan cepu emas “Will You Marry Me”? mungkin bukan adat orang Melayu.
Namun, selagi tidak melanggar batas pergaulan, tidak ada salahnya jika kamu mahu menjadikan moment ini sebagai kenangan manis kamu berdua bukan. Jika kamu bukan orang yang selesa “menayangkan” saat indah seperti ini di hadapan umum, dan mahu menjadikan saat indah tersebut sebagai kenangan kamu berdua sahaja kami ada beberapa cadangan untuk melamar si dia dengan kejutan manis yang lain.
Sebagai contoh, Wanista puji akan keikhlasan dan kesungguhan lelaki ini. Apa yang dilakukan oleh lelaki ini sungguh romantik, bayangkan dia sanggup menjahit gaun ikonik ‘Beauty and The Beast’ untuk melamar teman wanitanya. So sweet!
Joel Lynch, seorang siswazah dari Iowa State University menjelaskan dia mendapat idea berbuat demikian kerana Cara sangat mengagumi watak Belle dalam Beauty and The Beast. Jadi kerana mahu mencipta memori terindah, Jeol memutuskan menjahit gaun ikonik kembang rona kuning itu untuk dipakai Cara.
Malah, Joel menjelaskan kepada The Huffington Post, “ini merupakan kali pertama dia menjahit”. Walaupun kali pertama tetapi hasilnya cukup berbaloi malah keikhlasan lelaki ini harus dipuji.
“Terlalu banyak percubaan dan kesilapan yang saya lakukan sehingga saya menjahit tiga korset semata-mata untuk menghasilkan rekaan yang terbaik,” jelasnya.
Jadi, kaum lelaki di luar sana, bagaimana cara anda nak melamar orang tersayang? Tapi sebelum nak melamar jumpa dulu orang tua baru betul caranya.