Jika sebelum ini ada diantara anda membaca artikel ‘Rahsia Bedak Asas Tidak Pecah Dan Kekal Glowing’, pasti sudah tahu tentang kenapa rutin membersih wajah merupakan perkara yang wajib. Ada tiga perkara asas dalam rutin ini iaitu mencuci, toner (pengelupasan) dan melembab.
Teknik yang paling teras ialah ketika mencuci wajah. Apa yang boleh penulis samakan, jika kita tidak mencuci wajah umpama kita mandi tidak bersabun. Pasti ada perasaan tidak puas dan kurang selesa bukan? Bagi anda yang betul-betul menjaga kecantikan kulit pasti masa mandi pun menggunakan span atau berus mandian.
Kenapa tidak dengan kulit muka?
Oh! Penulis tahu, ini mesti ada dengar ura-ura yang mengatakan membersih wajah menggunakan span atau benda selain jari boleh mencederakan kulit. Sebenar memang betulnya tapi itu kalau anda menggunakan produk yang dari bahan kasar atau yang tidak bersesuaian.
Kebaikan Membersih Wajah Dengan Span
- mencuci kulit wajah lebih dalam
- menanggalkan sel kulit mati
- mencerahkan wajah
- mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru
Mungkin banyak tips mencuci wajah menasihat kepada anda untuk tidak kerap menggunakan span, cukup 2 atau 3 kali seminggu. Jadi ia agak menyusahkan dan leceh untuk kita sentiasa alert dengan jadual mencuci wajah. Mula lah keluar statement ‘nak cantik ni susahnya, dah lah aku malas!’
Jadi hari ini Wanista ingin memperkenalkan satu span pembersih wajah dari koleksi Sephora yang boleh digunakan setiap hari dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Sephora Collection
The Konjac Sponge Duo
Apa itu Konjac?
Sejenis kentang yang berasal dari negara Asia atau lebih tepat di Jepun. Masyarakat Jepun menggunakan Konjac sebagai makanan ruji sejak 15000 tahun lampau. Dan ia juga salah satu bahan rahsia untuk penjagaan kecantikan. Span konjac diperbuat dari fiber konjac yang telah dikeringkan dan hasilnya sangat lembut
BACA: Kesalahan Mengering Wajah Mungkin Punca Kulit Bermasalah
The Konjac Sponge Duo dari Sephora Collection ini didatangi dalam dua jenis:-
The Konjac cleansing sponge (putih)
Bertindak sebagai pembersih dan meninggalkan halus lembut pada kulit. Hasilnya kulit berasa lebih lembut dan cerah.
The Konjac purifying sponge (hitam)
Mengandungi ekstra arang buluh. Penggunaan secara berterusan membantu menghilangkan cela diwajah, mengecilkan pori-pori dan meninggalkan kesan kulit halus dan tidak berminyak.
Cara menggunakan The Konjac Sponge Duo amat mudah, anda hanya perlu merendamkan ia didalam air suam atau biasa sehingga ia menjadi lembut. Kemudian, urut dan gosok pada kulit wajah. Anda boleh guna bersama krim pencuci wajah untuk kesan yang lebih sempurna.
Untuk tahun 2017 ini anda dah boleh merubah rutin pembersihan wajah dengan mendapatkan The Konjac Sponge Duo dari Sephora dengan harga hanya RM52 sahaja! Amat berbaloi.
Anda boleh terus berkunjung dimana-mana butik Sephora atau pembelian secara atas talian di Sephora.my
Selain itu, Wanista juga pernah kongsikan produk-produk meletup Sephora yang lain:
#1 Sephora The Surprising Fan Untuk Kuku Cantik Berseri
#2 Soap&Glory: Idea Spa Sendiri Untuk Bakal Pengantin Kekal Harum
#3 Makeup Eraser: Menghilangkan Kesan Solekan Dalam 60 Saat
Rujukan 1