Jarang perkara sebegini terjadi, bila si anak menasihati atau menegur si ibu supaya menutup aurat, bertudung. Tapi ianya berlaku kepada penyanyi hebat, Ziana Zain. Anak sulungnya, Muhammad Aiman, 14 tahun menyuruh penyanyi itu menutup aurat dengan bertudung.
Muhammad Aiman yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor sentiasa menasihati ibunya agar menutup aurat. Menurut Ziana, Aiman selalu berpesan kepada saya jika mahu melawatnya di asrama atau sekolah, saya perlu memakai hijab kerana tidak mahu memalukan sekolahnya.
Aiman pernah tanya kepada saya: “bila mama nak pakai tudung”? Apabila saya cakap saya perlukan masa untuk mengambil keputusan bertudung, dia cakap kita tak tahu bila kita akan mati”.
“Aiman cakap kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana,” ujar Ziana tanpa berselindung.
Pada Ziana walaupun sudah acap kali ditegur oleh Aiman tentang isu hijab dan tutup aurat tetapi dia tidak pernah memarahinya, malah bersyukur kerana sebagai anak sulung, Aiman dapat membimbing adik-adiknya nanti. – via