Siapa yang dah tonton pertunjukan fesyen Victoria’s Secret 2016? Memang cantik semuanya! Sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Tapi anda perasan tak? Solekan wajah dan gaya rambut yang dibawakan para Angels masing-masing kelihatan natural bersahaja tanpa sebarang warna menonjol. Hmm, itu mungkin kerana mereka sengaja mahu menangkap perhatian agar penonton lebih fokus pada rekaan pakaian dalam yang disarungkan lebih dari model yang memperagakannya. MUNGKIN…
BACA: 5 TRIK MUDAH UNTUK JADIKAN RAMBUT NIPIS LEBIH VOLUME
Tak kisahlah, tetapi penulis pasti anda mesti hendak tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan gaya rambut kerinting bergelombang seperti VS Angels kan?
Apa yang anda perlukan:
- Mouse Rambut (Volumizing Hair Mouse)
- Semburan Pengaya Rambut (Styling Hairspray)
- Berus/Sikat Rambut Bulat
- Pengering Rambut (Hairdryer)
- Pelurus Rambut
- Pin & Sepit Rambut
Cara:
LANGKAH 1
- Pastikan rambut telah dibasuh dan kering secara rapi.
- Sisir rambut untuk meleraikan kekusutan.
- Pin rambut ke beberapa bahagian, lakukan menggunakan bahagian rambut yang kecil (sedikit demi sedikit) supaya ia rapi dan sekata.
- Tuang mouse di atas tapak tangan.
- Dengan menggunakan sikat salon, salutkan gigi sikat dengan mouse berkenaan sebelum disisir pada rambut.
- Gugunakan sikat bulat, sisir rambut secara melengkung ke dalam sambil pengering rambut diarahkan pada bahagian rambut yang disikat.
- Lakukan kepada keseluruhan bahagian rambut secara berperingkat mengikut bahagian rambut yang telah dibahagikan awal tadi.
LANGKAH 2
- Sekali lagi bahagikan rambut anda kepada 4 bahagian (Sepit 3 bahagian atas: Kiri, kanan dan tengah manakala rambut bahgaian bawah dibiarkan lepas).
- Bermula dengan rambut bahagian bawah. Gulungkan sedikit bahagian rambut keliling jari sebelum diapit menggunakan pelurus elektrik.
- Apitkan ia dalam 1 minit sebelum anda melepaskan ia.
- Sementara gulungan rambut tersebut masih panas, gulungkan semula bahagian yang telah diapit tadi menggunakan jari sebelum anda sematkan dengan pin rambut (bobby pin)
- Setelah semua bahagian rambut siap digulung akhir sekali, semburkan semburan pengekal pada keseluruhan rambut agar gulungan tersebut bisa kekal lama.
BACA: DIY RAMBUT KERINTING! 8 HELAH & TIPS KERINTINGKAN RAMBUT TANPA PENGGULUNG ELEKTRIK
LANGKAH 3
- Tanggalkan kesemua pin rambut.
- Gunakan jari untuk untuk menyisir rambut sekali harung supaya gulungan tidak terlalu kasar sekaligus menjadikan kerinting lebih bergelombang.
Tonton tutorial rambut VS Angels