Bersantai di kafe seakan satu kemestian bagi mereka yang mahukan kenikmatan kopi dibancuh segar setiap hari. Bagi penggemar kopi, air yang kaya dengan aroma menyegarkan itu bagaikan satu perkara kemestian, perlu dinikmati setiap hari.
Kafe bukanlah hanya menyediakan hidangan kopi semata, malah kafe yang mengetengahkan konsep baharu yang kian meningkat bilangannya pada hari ini turut bijak mengambil peluang menyediakan sajian makanan yang rata-ratanya menarik serta menyelerakan.
Bukan hanya untuk penggemar kopi tegar, malah mereka yang mendambakan keunikan dekorasi dalaman kedai kopi turut suka bersantai di kafe untuk memuaskan keinginan yang suka bergambar dan langsung memuat-naiknya di Instagram.
Jom intai, ini dia 6 kafe kopi yang awesome di sekitar Lembah Klang yang anda patut kunjung kala melepaskan gian di hujung minggu!
#1 Ojo Coffee Bangsar
Ojo Coffee dengan sebutan Oh Joe terletak di Jalan Telawi Bangsar. Bukan hanya menghidangkan pilihan kopi, malah turut menyediakan minuman ice blended, jus segar, dan kek.
https://www.instagram.com/p/BEuZzc_yMA6/?taken-at=614046821
Alamat:
No.23, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi:
Ahad – Khamis : 9.00 pagi – 1.00 pagi
Jumaat – Sabtu : 9.00 pagi – 2.00 pagi
#2 Grind 22 Bangsar
Kafe yang terletak di Bangsar Park ini mempunyai keunikan dari hidangan kopinya yang mana biji kopi diimport terus dari Ethiopia, Kenya dan Sumatera. Ia turut mempunyai perasa buah-buahan pada penghujung hirupan kopi tersebut. Turut menyediakan pilihan smoothies sihat, kek, serta pelbagai lagi.
Alamat:
22, Lorong Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi:
Selasa – Khamis : 10.00 pagi – 10.00 malam
Jumaat : 3.00 petang – 10.00 malam
Sabtu : 10.00 pagi – 1.00 pagi
Ahad : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tutup pada hari Isnin.
#3 Battery Acid Club
Ia bukan hanya sebuah kedai kopi biasa, malah ia juga merupakan tempat terjualnya barangan artistik dan unik. Sering kali menjadi pilihan bagi mereka yang gemarkan design kerana sedikit sebanyak ia menjadi pencetus idea serta meningkatkan daya kreativiti.
Alamat:
21 Jalan SS21/34, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi:
Selasa – Ahad : 10.00 pagi – 9.00 malam. Tutup pada hari Isnin.
#4 VCR Cafe
Mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja untuk tiba di kafe ini dari pusat Kuala Lumpur. Menghidangkan pelbagai jenis kopi yang terbaik serta menyediakan hidangan coklat panas yang dibuat daripada buah koko Valrhona yang berkualiti tinggi. Kek turut disediakan untuk menambah lagi kenikmatan kala bersantai di kafe menarik ini.
Alamat:
2, Jalan Galloway, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Buka setiap hari : 8.00 pagi – 11.00 malam
#5 PULP by Papa Palheta
Ia merupakan sebuah kedai kopi profesional yang berlokasi di Bangsar. Berasal dari kota Singapura, rekaan dalam kafe kopi ini mengetengahkan konsep campuran industrial dan rustic chic. Kopi di sini di kisar segar dari biji kopi asli. Pastri dan kek menjadi hidangan tambahan di Pulp.
Alamat:
29-01, Jalan Riong, Bangsar
Waktu Operasi:
Selasa – Jumaat : 9.00 pagi – 7 malam
Sabtu & Ahad : 9.00 pagi – 10 malam
#6 Feeka Coffee Roasters
Kafe cool ini menyediakan hidangan sarapan pagi, pencuci mulut dan sudah pastinya kopi aroma yang bermutu tinggi. Kafe ini bukan hanya menyediakan kopi sebagai pilihan minuman, malah teh dan jus botol turut dijual dengan harga berpatutan.
Alamat:
19, Jalan Mesui, off Jalan Nagasari, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari. 9.00 pagi – 11.00 malam
SUMBER