Aroma kopi segar sebenarnya mampu merangsang emosi seseorang untuk menjadi lebih baik, bahkan siapa sahaja yang tidak sukakan kopi?
Jenama kopi dan mesin pembacuh premiun Nespresso dengan bangganya memperkenalkan Nespresso Six-Sleeve Coffee Assortment iaitu edisi terhad istimewa untuk sambutan Tahun Baru Cina yang bakal kungjung tiba hujung bulan ini.
Mesin tersebut telah diukir indah yang semestinya membangkitkan keterujaan perasaan si penerima. Ia direka khas oleh artis kontemporari kreatif Singapura, Aaron Gan yang memanfaatkan motif kesenian tradisi orang cina -kaligrafi.
Tanpa mengira umur mahupun darjat keturunan, ayuh sambut Tahun Baru Cina dengan serba-serbi semangat baru sebelum menempuh apa sahaja cabaran yang mendatang dengan aroma kopi yang dibrew segar saat menikmati makan besar bersama yang tercinta.
Setiap satu unit hadir dalam kotak yang dihiasi tulisan “礼 (Li)” membawa maksud hadiah. Setiap satunya membawa seribu ucapan bermakna bersifat begitu sentimental. Nespresso menyambut tahun Baru Cina dengan membawakan suatu kelainan seterusnya menghargai tradisi dan kesenian budaya.
Harga mesin pembancuh kopi edisi terhad Tahun Baru Cina bermula RM741 hingga RM951 manakala set cawan kopi untuk dua orang boleh dibeli pada harga RM88. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.nespresso.com/my.