Bila dah dekat dengan Tahun Baru Cina ini, pasti ramai yang hendak mengubah kedudukan perabut di rumah mahupun di pejabat. Tapi kenapa ya? Ini kerana kepercayaan orang cina berkaitan dengan aura-aura feng shui iaitu seni sains sejak 3,000 tahun lalu di China. Ia merupakan kuasa imbangan ruang sama ada di rumah, pejabat atau taman, bagi memberi tuah kepada penghuni tempat tersebut.
Tuah atau nasib baik datang dalam pelbagai bentuk – kesihatan yang hebat, berjaya dalam kerjaya, bahagia bersama keluarga dan banyak lagi. Feng Shui terdapat pada setiap orang mengikut tips yang terperinci.
Feng bermaksud angin dan shui pula air. Didalam budaya cina, angin dan air dikaitkan dengan kesihatan yang baik, jika anda mempunyai feng shui yang baik maka tuah anda baik begitu juga disebaliknya.
Penulis ingin kongsikan kepada pembaca yang ingin tahu apa yang terbaik untuk tahun 2017 dari pakar feng shui Master Kenny Hoo.
#1 Warna Tuah
Eleman ‘AIR‘ kunci utama untuk tahun 2017. Jadi warna biru merupakan warna terbaik untuk dijadikan sebagai warna dinding atau aksesori baru di ruang anda. Air juga bertindak sebagai pengikat harmoni dan kemakmuran.
#2 Naga, Monyet dan Tikus, anda kena berjaga-jaga!
Bagi anda yang lahir pada tahun ini, anda kurang bernasib baik dalam kesihatan jadi ambil berat pada sistem penghadaman, pernafasan, penglihatan terutama sekali dalam bulan Februari dan Ogos. Namun, bagi mereka yang sudah berkahwin peluang untuk menimang cahaya mata sangat besar. So, make a plan! Tahun ini juga, anda banyak mendapat pertolongan dari orang-orang baik, jadi tak usah risau kalau ada kesulitan.
#3 Luar biasa bijak untuk si Ular, Ayam dan Lembu
Nampaknya anda yang lahir pada tahun bakal menerima keputusan akademi yang cemerlang! Pastikan kekalkan momentum ini sehingga ke tahun hadapan. Walaubagaimanapun, anda kena berjaga-jaga dengan kewangan dan karier, juga banyakkan habiskan masa bersama keluarga dan yang tersayang bagi menjaga hubungan silaturahim. Pada bulan Mac, September dan Disember pastikan anda lebih berhati-hati kerana keselamatan agak kurang baik ketika ini.
#4 Si tuah Kambing, Arnab dan Khinzir!
Beruntung lah anda yang lahir pada tahun ini! Anda dikhabarkan sibuk dengan mengembara dan punya tinggi peluang dalam urusan pembelian hartanah. Jadi 2017 merupakan tahun ‘ong’ anda, ini lah masanya untuk anda mengumpul banyak aset. Cuma anda dinasihatkan mengambil berat bab kesihatan, cuba jalani pemeriksaan kesihatan seperti gigi, ujian darah atau derma darah untuk mengelakkan potensi jatuh sakit.
#5 Cinta dan Kasih Sayang Penyeri Hidup Si Harimau, Kuda dan Anjing
2017 tahun yang bahagia dan penuh dengan cinta buat anda yang lahir pada tahun harimau, kuda dan anjing. Ditambah lagi dengan kejayaan dalam karier dan segala masalah yang dihadapi anda mudah untuk diselesaikan. Anda juga banyak mendapat pertolongan dari orang-orang baik dan jika para pelajar gigih berusaha belajar pada tahun ini, mungkin keputusan akademi anda lebih cemerlang dari tahun sebelum ini. Namun pada bulan Februari, Mac, Jun dan September 2017 si kuda perlu elak dari membuat sebarang pelaburan atau tukaran kerjaya.
Jika anda ingin mengetahui lebih banyak lagi mengenai tips Feng Shui, boleh layari www.GoodFengShui.com dari Master Kenny Hoo yang berpengalaman besar dalam dunia Feng Shui.
Rujukan 1