Jenama telefon pintar Xiaomi telah melancarkan pembukaan kedua Authorized Mi Store di Suria KLCC dengan kerjasama CG Computers Sdn Bhd. Di majlis pelancaran tersebut, pihak Xiaomi juga memperkenal dua lagi telefon pintar terbaru di Malaysia iaitu Mi MIX 2 dan Red Note 5A Prime.
Pembukaan Authorize Mi Store adalah untuk mendekatkan lagi Xiaomi dengan pengguna. Serta ia menawarkan pelbagai aksesori Xiaomi antaranya Mi Band 2, Mi Power Bank, Mi Bluetooth Speaker dan banyak lagi. Stor ini juga memberi peluang untuk pelanggan merasai sendiri pengalaman menggunakan lain-lain produk telefon pintar Xiaomi.
Mi MIX 2:
Evolusi telefon pintar dengan saiz paparan luas 5.99 inci dan ukuran 18:9. Rekaan menarik dari Philippe Strack menggunakan bahan seramik menghasilkan badan belakang telefon pintar ini. Kemasan yang lebih licin dari bingkai aluminium. MI MIX 2 bakal berada dipasaran pada 16 November dengan harga jualan RM2199.
Redmi Note 5A Prime:
Telefon pintar pertama Xiaomi yang diperkenalkan dengan cahaya-selfie bersama kamera hadapan 16 MP. Selain itu, ia juga diperincikan octa-core Qualcomm Snapdragon 435 bersama 3GB RAM dan 32GB penyimpanan dalaman. Redmi Note 5A Prime dijual pada harga RM699 bermula 11 November.
Maklumat lanjut mengenai Xiaomi layari http://www.mi.com/my/.