Wycon Cosmetics mengeluarkan produk kosmetik dengan nafas inspirasi baru iaitu koleksi ‘Genderless’ di mana mekap ini menggabungkan konsep feminin dan maskulin dalam satu produk. Ini bermakna mekap koleksi Genderless ini boleh di guna pakai oleh lelaki dan juga wanita.
Wycon kali ini tampil berani dengan pilihan koleksi mekap yang bebas dari sebarang stereotaip, bebas jantina, bebas untuk digunakan oleh sesiapa sahaja. Dengan fokus sedemikian, Wycon Cosmetics mengeluarkan beberapa koleksi mekap yang sesuai untuk digunakan oleh lelaki dan wanita.
Bagi kaki mekap pastinya kamu ingin tahu apa lagi produk mekap yang ada di dalam koleksi Genderless ini bukan? Ikuti akaun Instagram dan laman Facebook Wycon Cosmetics serta layari laman sesawang Wycon Cosmetics untuk melihat pelbagai koleksi mekap Genderless ni.
Dari segi harga pula antara RM 40 – RM140 je, so bolehlah beli untuk yang tersayang nanti!