Kumpulan Spritzer, pengeluar air mineral dalam botol terbesar di Malaysia melancarkan sambutan ulang tahun ke 25 hari ini dengan bergaya melalui kempen dan pameran bergerak ‘Who Drinks Spritzer?’. Sambutan ini dilancarkan di ruang legar Sunway Pyramid dan turut menampilkan pameran yang telah berlangsung selama lima hari bermula 20 hingga 24 Ogos 2014.
Kempen ‘Who Drinks Spritzer?’ melibatkan 15 personaliti daripada pelbagai bidang termasuk hiburan, fesyen, kecantikan, peragaan, media, fotografi, seni persembahan dan sukan termasuk Winnie Loo, Amber Chia, Sazzy Falak, Key Ng dan Carven Ong yang kesemuanya mempunyai persamaan melalui Spritzer. Kesemua personaliti ini dipaparkan dalam bentuk fotografi pada pameran yang turut memaparkan kelebihan minuman air pilihan mereka. Sementara itu, Dr Chuah Chaw Teo, Pengarah Eksekutif Spritzer Bhd turut hadir pada majlis tersebut bagi berkongsi kisah di sebalik jenama Spritzer
Mereka memilih tema kempen ‘Who Drinks Spritzer?’ untuk mengetengahkan bahawa Spritzer adalah untuk semua. Mereka ingin mengingatkan orang ramai kepentingan meminum air untuk kesihatan dan pada masa yang sama, meraikan detik kejayaan mereka sejak 25 tahun yang lalu serta sebagai tanda terima kasih untuk rakyat Malaysia. Dengan pameran ini,mereka memaparkan perjalanan Spritzer sejak awal lagi dan komitmen mereka terhadap kesihatan, melindungi persekitaran dan menjaga keaslian sumber air.
Pameran itu merangkumi galeri foto ‘Who Drinks Spritzer?’, bahan pameran berinformasi yang menampilkan bagaimana air Spritzer diekstrak, diproses dan dibotolkan serta kejayaan jenama tersebut sejak 25 tahun yang lalu. Pengunjung berpeluang bergambar di kios gambar Spritzer, memenangi pelbagai hadiah melalui permainan dan menyertai cabutan bertuah. Selain itu, pengunjung juga boleh membeli produk Spritzer dengan tawaran menarik di AEON dengan pelbagai hadiah percuma bersempena sambutan jubli perak Spritzer. Pelancaran sambutan itu diakhiri dengan penuh kemeriahan bermula jam 5 hingga 7 petang dengan sebuah parti yang menampilkan DJ Pauline.