Seorang wanita di China kini mendapat perhatian umum setelah sekian lama menjalani pembedahan plastik secara berperingkat sejak 8 tahun yang lalu untuk kelihatan mirip seperti aktres jelita China, Fan Bingbing.
He Chang Xi dilihat muncul dalam satu rancangan realiti nyanyian dan apa yang mengejutkan, dia jelas kelihatan seperti pelanduk dua serupa kepada Fan Bingbing! Ternyata, dirinya cuba meraih perhatian dan populariti saat menyertai racangan nyanyian di TV dengan menjaja rupa paras baharunya.
Dalam pada itu, teman lelakinya menunjukan sokongan terhadap kehendak dan perbuatan He Chang Xi untuk menukar rupa paras dengan membuka sebuah klinik pembedahan plastik.
Apabila ditanya pendapat daripada masyarakat umum, ramai yang terkulat-kulat tatkala diminta mengecam mana satukah Fan Bingbing yang sebenar sambil gambar dua wanita yang sukar untuk dibezakan itu diletak secara bersebelahan.
Bagaimana pun, terdapat satu sifat rupa yang istimewa dimiliki oleh Fan Bingbing iaitu riak wajahnya lebih lembut berbanding He Chang Xi. Sedikit sebanyak, masih ada perbezaan yang terbit dari kewujudan dua wanita yang berwajah serupa ini.
Apa pendapat tulus anda tentang mereka? Benarkah He Chang Xi kelihatan serupa dengan selebriti pujaan ramai, Fan Bingbing? Jom kita teliti dahulu kompilasi foto mereka.
Klik Untuk Baca Artikel: COLORFUL & BOLD! FESYEN JELITAWAN CHINA, FAN BINGBING CURI TUMPUAN PAPPARAZI FESYEN
Cuba anda bezakan yang mana satukah Fan Bingbing sebenar?
Apa pun bagi pendapat penulis, jika hendak popular sekali pun, jadilah diri sendiri. Bukankah itu lebih bermoral?
Dengan mencuri personaliti dan kecantikan wajah selebriti yang telah makan garam dulu dalam dunia hiburan ini, sejauh manalah “awak” tu boleh kejar dan menggapai impian nurani itu.
Sebab tu orang cakap, “Biar muka tak lawa, asal perangai dan hati tu jujur.”