Vivy Yusof, hijabista yang boleh dikatakan simple bergaya tetapi kekal classy dalam setiap outfit yang dipakainya. Obses terhadap dunia fesyen dan terdedah dengan pengalaman membeli-belah di London sepanjang lima tahun menuntut ilmu, dia memilih perniagaan fesyen dengan menjana FashionValet.net (FV) iaitu sebuah web yang menjual hasil kerja pereka tempatan menerusi talian.
Mengambil pengalaman di England apabila dia menggemari jenama Topshop dan Zara sehingga sanggup menggunakan duit kiriman bapanya untuk pakaian, kini minat itu dimanfaatkan menerusi proses penjualan fesyen di Internet dengan menawarkan rangkaian fesyen pakaian dan aksesori tempatan karya pereka tersohor seperti Minz, Gallo by Thian, PU3, Sereni & Shentel, Mimpikita, Dusk till Dawn dan pelbagai.
Apa yang menarik lagi, walau bergelar ibu, hijabista ini masih boleh berfesyen dan menolak sangkaan ‘hijab membataskan fesyen’, lihat setiap helaian yang dikenakan pasti ada signature yang tersendiri. Bukan itu sahaja, walau mengenakan helaian tona plain, Vivy masih kekal classy dan menawan. Wanista sukakan fesyen hijab yang dikenakannya, nampak elegen, sofistikated dan tidak terlalu sarat.