UNIQLO mengumumkan pelancaran Koleksi Musim Luruh/Sejuk UU Kids 2015, yang dibangunkan dengan kerjasama jenama fesyen UNDERCOVER.
UU Kids menggabungkan asas-asas UNIQLO yang berkualiti tinggi dengan diilhamkan fesyen mewah UNDERCOVER seperti yang dilihat untuk koleksi musim luruh/sejuk 2015 ini.
Malah, pereka yang menciptanya Jun Takahashi dan RICO mahu setiap kanak-kanak yang memakai pakaian mereka sentiasa rasa nikmat dan gembira.
UU Kids menawarkan 17 gaya dalam 40 warna dan corak, memfokuskan stail UNDERCOVER dan pemilihan warna-warna terang dan ceria untuk kanak-kanak. Sebagai contoh gaya sukan untuk kanak-kanak lelaki dan kolej untuk kanak-kanak perempuan.
Bukan itu sahaja, koleksi ini direka untuk membolehkan kanak-kanak bergerak bebas melakukan aktiviti lasak, menggabungkan bahan-bahan ringan, jaket dan kardigan yang easy-to-wear. Malah, koleksi ini juga bersesuaian untuk para ibu bapa yang mencari baju sejuk kanak-kanak bila ingin melancong ke negara empat musim.
Koleksi ini boleh didapati secara eksklusif di Fahrenheit 88, 1 Utama, Mid Valley Megamall dan IOI City Mall dan juga secara online.
Anda boleh lihat koleksi UU Kids di http://www.uniqlo.com/jp/store/feature/uq/uu/kids/.