Bagi koleksi Musim Bunga/Panas 2022, UNIQLO telah berkolaborasi dengan Inès De La Fressange iaitu ikon dan simbolik kepada gaya Perancis.
Koleksi ini menampilkan pelbagai jenis item dalam tiga warna yang diinspirasikan oleh bendera Perancis iaitu biru, putih dan merah. Corak bunga kecil dan kotak-kotak dalam koleksi ini juga memberikan gaya yang lebih segar dan ceria.
Daripada kemeja hingga ke gaun, kamu ada pilihan untuk gayakan setiap koleksi ini dalam pelbagai stail. Jom lihat koleksi UNIQLO X Inès De La Fressange di bawah;
Untuk info kamu, koleksi ini mengandungi sebanyak 22 item yang terdiri daripada pakaian luar, seluar, skirt hinggalah aksesori.
- Pakaian luar: RM 199.90 – RM 349.90
- Seluar dan skirt: RM 149.90 – RM199.90
- Baju kemeja: RM 129.90 – RM 349.90
- Knitwear: RM 149.90 – RM 199.90
- Gaun: RM 199.90
- Aksesori: RM 59.90 – RM 129.90
Koleksi UNIQLO X Inès De La Fressange akan mula tersedia di kedai UNIQLO Fahrenheit 88 dan dalam talian [SINI] bermula 25 Februari 2022.