Trend fesyen sering menimbulkan kelainan dan sudah pasti betul apa yang diperkatakan, bahawa sesuatu trend fesyen itu pasti akan berputar kembali. Setelah ‘skinny jeans’ bertahan dalam trend fesyen selama bertahun-tahun, diikuti dengan ‘ripped jeans’ dan juga ‘boyfriend jeans’, kini heboh diperkatakan bahawa trend seluar ‘bell-bottom’ telah kembali untuk tahun 2015.
Tahun ini dipercayai bakal membuatkan fesyen ala 70-an kembali hits. Potongan seluar yang lebar di bahagian bawah sudah mula dikeluarkan oleh beberapa jenama fesyen terkenal dunia, dan kami yakin fesyen ini bakal kembali meletup dan menjadi trend besar tidak lama lagi.
Hari ini, Wanista cuba memberikan beberapa inspirasi outfit dengan menggunakan seluar jenis ‘bell-bottom’ agar anda tampak lebih bergaya dan klasik.
Untuk menggayakan fesyen ala Boho, anda boleh padankan jeans ‘bell-bottom’ bersama blouse putih ‘ruffle’. Setelah itu, padankan juga dengan ‘platform’ hitam dan beg ‘fringe’. Jangan lupa aksesori seperti rantai panjang dan juga kacamata.
Seluar ‘bell-bottom’ juga sesuai untuk dipakai ke pejabat. Gaya kasual, namun elegan ini mampu membuatkan anda tampak profesional. Padankan seluar ‘bell-bottom’ bersama kemeja putih dan blazer hitam, dan juga aksesori seperti tali pinggang. Pilih kasut dan beg tangan berwarna natural ataupun yang sepadan dengan pakaian anda.
Gaya ketiga ini mengetengahkan padanan seluar ‘bell-bottom’ bersama kemeja jenis denim. Pakai bersama kasut berwarna tanah, dilengkapi dengan aksesori seperti topi.
Sumber: Vemale.com