Pada yang miliki kulit kusam, cela malah kering, mungkin inilah penawar kamu. Miss Murai nak tanya, ada tak sesiapa di sini yang melupakan rutin toner?
Nak tahu, rutin toner atau menyegar sangatlah penting. Memakai penyegar kulit (toner) membantu mengecilkan pori dan membolehkan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Bagusnya toner, ia dapat mengembalikan asidik semula jadi kulit dengan baik dan membantu kulit untuk menyerap produk penjagaan yang lain lebih berkesan.
Jadi, jangan sesekali tinggalkan rutin penyegar setiap kali selepas mencuci muka.!
Pakar memberitahu toner yang menghidrat dan melicinkan garisan halus sering mengandungi antioxidant, amino acid, dan hyaluronic acid. Untuk toner yang merawat jerawat selalunya mengandungi salicylic acid atau glycolic acid.
@valentskin Kena post lagi sekali sebab Toner Klairs ni ramai sangat bagi feedback yang best! Korang kena cuba tau Toner kegemaran ramai ini! Confirm hati berbunga. #ValentSkin #Klairs #KlairsSuppleUnscentedToner #SkincareTips #SkincareHacks #SkincareRoutine #SkincareBest #HydratingToner #DailyToner
♬ Comical, fun, cute, video background music(1124511) – Lill Lilly
Kali ini, Miss Murai nak kupas tentang satu toner yang sudah berada di pasaran, serta diakui keberkesanannya. Kalau kamu nak merawat kulit yang kusam, kering, serta parut jerawat, dapatkan toner ini.
Perkenalkan Dear Klairs Supple Preparation Unscented Toner. Salah satu toner Korea yang paling disukai ramai, boleh digunakan pada semua jenis kulit.
Toner tanpa pewangi ini mengandungi bahan-bahan terbaik seperti beta-glucan dan hyaluronic acid, untuk mengurangkan kerengsaan dan memberikan penghidratan yang mendalam untuk kulit yang lebih tenang dan anjal serta-merta.
@fatehahfirdaus toner yang paling best untuk hydrating..korang dah try ke belum #klairs #tonerklairs #beautyhacks
Dipakai setiap hari siang dan malam, toner ini dapat melembapkan kulit kamu yang kusam dan kering, bahkan juga memudarkan kesan parut dengan cepat. Malah tona kulit jadi lebih sekata, kulit bertambah sihat dan bersih bersinar.