Ingin dapatkan rambut yang cantik dan lembut persis selebriti di iklan rambut? Kami ingin kongsikan 6 tips mudah dan murah yang boleh anda gunakan.
Mayonis
- Jadikan mayonis sebagai perapi rambut anda. Caranya letakkan mayonis organic pada rambut kering anda.
- Pada anda yang mempunyai kulit rambut berminyak, jangan sapukan pada kulit rambut anda dan pastikan kena pada hujung rambut anda.
- Amaun mayonis yang digunakan bergantung pada panjang dan ketebalan rambut. Rambut berminyak dan kelemumur memerlukan kurang mayonis manakala rambut kering memerlukan kuantiti banyak.
- Selepas mayonis disapukan, tutup rambut dengan tuala atau plastic dan biarkan selama 1 jam. Bilas rambut , letakkan syampu dan keringnya.
Telur
- Pecahkan 2- 4 biji telur ( ikut tebal rambut ) di dalam mangkuk. Asingkan putih dan kuning telur. ( gunakan kuning telur )
- Letakkan 4-5 sudu minyak zaitun ke dalam mangkuk berisi telur kuning dan pukul rata.
- Basahkan rambut dengan air dan sapukan campuran minyak zaitun dan telur tadi pada rambut anda. Biarkan 6-7 minit dan bilas dengan air. Jangan gunakan air panas kerana nanti ada telur goreng pula pada rambut anda.
Yogurt
- Sikat rambut anda terlebih dahulu. Gunakan plain yogurt sebagai perapi rambut anda. Pastikan yogurt yang anda gunakan tidak berperisa.
- Sapukan yogurt tadi pada rambut anda dan kemudian, ikatkan rambut ada kepada ponytail atau bun.
- Biarkan selama 30 minit atau yogurt mengeras sedikit. Kemudian bilaskan ia dengan air dan syampu rambut anda seperti biasa.
Aloevera dan madu
- Campurkan perapi rambut biasa, gel aloevera dan juga madu. Aloe vera merupakan perapi rambut terbaik dan akan memberikan sinar pada rambut anda. Mereka yang berambut hitam pekat perlu berhati-hati apabila menggunakan madu pada rambut anda kerana ia boleh membuatkan rambut anda menjadi cerah.
- Apabila campuran perapi dilumurkan pada rambut anda, urutkan pada rambut sekitar 10 minit dan bilas serta syampu seperti biasa.
Cuka
- Syampukan rambut anda seperti biasa dan bilas dengan air sejuk untuk membuat sisa syampu di kepala anda.
- Campurkan 2 cawan cuka dan 1 cawan air ke dalam bekas, dan bilaskan rambut dengan campuran tadi. Biarkan campuran pada rambut anda selama 15 minit.
- Kemudian bilaskan dengan air hingga bau cuka hilang. Sikat rambut anda dan anda akan dapati rambut anda lebih sihat, tidak berserabut dan mudah untuk diuruskan.