Selepas menikmati makan tengahari, berehat sebentar dengan mengambil afternoon nap. Pakar mengatakan bahawa afternoon nap atau kita panggil tidur siang bermanfaat untuk otak.
Ada yang melihat tidur waktu siang sebagai tanda kemalasan, tidak bertenaga atau penyakit. Tetapi kajian baru menunjukkan bahawa tidur siang boleh membuat mental anda lebih berfungsi, bahkan yang berusia lebih 60 tahun.
Kajian Kognitif Dijalankan Di China
Kajian yang diterbitkan dalam General Pschiatry, melihat hasil ujian kognitif pada individu yang selalu tidur siang dan mereka yang tidak melakukannya.
Mereka secara khusus mengkaji lebih daripada 2,200 orang di China yang berumur 60 tahun ke atas.
- Foto – Forbes
Individu dewasa yang tidur siang mendapat skor lebih tinggi pada ujian kognitif daripada mereka yang tidak tidur siang, menurut penyelidik.
Dari jumlah tersebut, 1,534 mengambil tidur siang manakala 680 yang lain tidak.
Kajian pemerhatian mendapati bahawa individu yang tidur siang mendapat skor jauh lebih tinggi pada Mini Mental State Exam (MMSE), ujian saringan demensia standard yang merangkumi penilaian kemahiran visuospatial, penyelesaian masalah, memori kerja, kesedaran lokasi, dan kelancaran verbal.
- Foto – Medical Today
Kajian tersebut diketuai oleh Dr. Lin Sun dari Pusat Penyakit dan Gangguan Berkaitan Alzheimer di Pusat Kesihatan Mental Shanghai dan Universiti Shanghai Jiao Tong.
Waktu Terbaik Untuk Tidur Siang
Soalan biasa yang kita tanya, berapa lama tidur siang bagus untuk kesihatan dan bila waktu sesuai?
Paling ideal hanya 10 hingga 30 minit. Semakin lama anda tidur siang, semakin besar kemungkinan anda rasa terganggu (groggy) selepas itu.
- Foto – New Atlas
Walau bagaimanapun, orang dewasa muda boleh bertolak ansur dengan tidur siang yang lebih lama, tapi jangan sampai melarat.
“Tidur siang yang ideal dan sihat harus diambil pada waktu tengahari antara jam 1 petang dan 3 petang, dari 10 hingga 30 minit.”
Banyak Manfaat Tidur Siang
Bukti menunjukkan tidur siang sangat baik untuk meningkatkan mood, tenaga, dan produktiviti sambil mengurangkan kegelisahan dan ketegangan fizikal dan mental.
“Tidur siang yang singkat dapat membuat anda merasa waspada dan bersedia untuk mengatasi sepanjang hari tanpa perasaan “sleep inertia” – keliru, bingung, dan kesal yang dapat anda rasakan ketika bangun tidur.
- Foto – The Conversation
Tidur siang menawarkan pelbagai faedah untuk orang dewasa sihat, termasuk:
- Ketenangan
- Mengurangkan keletihan
- Alert
- Mood bertambah baik
- Peningkatan prestasi, termasuk masa reaksi yang lebih cepat dan memori yang lebih baik
Apa Berlaku Kalau Tidur Siang Yang Lebih Lama
Walaupun tidur siang ideal antara 10 hingga 30 minit, tapi apa akan berlaku jika terlajak hingga ke satu atau dua jam?
Sekiranya anda sering tidur siang (lebih dari 1 jam), maka ini mungkin merupakan isyarat bahawa kuantiti dan kualiti tidur malam anda tidak mencukupi. Banyak gangguan berlaku ketika anda dalam tidur, menyebabkan anda tidak mendapatkan tidur yang betul.
- Foto – Blog
Perhatikan pattern gaya hidup anda. Kalau jenis tidur malam jam 1 atau 2 pagi, mula berubah kerana takut ia akan memberi kesan pada kesihatan yang kita sendiri tak nampak.
Anda rasa anda masih muda dan nampak sihat, tapi mana tahu… kerana kualiti tidur yang tidak menentu, tahap kesihatan terjejas.
Kata pakar, setelah tidur siang, beri masa untuk bangun sebelum menyambung semula aktiviti – terutamanya yang memerlukan tindak balas cepat atau tajam.